Rabu, 18 November 2009

MENCARI JALAN KEBAHAGIAAN

Kebahagian adalah tuntutan batin manusia. Tanpa rasa kebahagiaan, manusia akan gundah gulana dan hidup dalam keadaan tidak tenteram. Kehidupan yang bahagia bermakna manusia dapat menunaikan segala tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah, bersyukur atas setiap apa yang diberikan olehnya dan sentiasa mengharapkan pertolongan daripadanya.



Manusia yang sentiasa jiwanya ingat dan berzikir kepada Allah akan memperoleh rasa kebahagian yang mendalam. Ada sesetengah orang melihat kebahagaian dari segi zahir sahaja, kebahagian dianggap akan dapat diperolehi apabila kita memiliki kehidupan yang mewah, dan dilimpahi dengan harta, namun sebenarnya kebahagian hakiki yang yang diperlukan oleh setiap manusia bukanlah kekayaan lahiriah sebaliknya proses memenuhi tuntutan batin untuk mengabdi pada al-khaliq, merasai ni'mat iman dan hidup dalam penuh kesedaran.


Hal ini telah diperlihatkan sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam kehidupannya. Rasulullah sanggup meninggalkan kekayaan keluarganya, status kebangsawanannya semata-mata untuk memenuhi tuntutan tugas menyebarkan agama Allah, biarpun menempuhi kesengsaraan dari segi lahiriah, namun sebenarnya Rasulullah telah memperoleh kebahagiaan yang sejati yang diperlukan oleh setiap individu manusia. Rasullah sentiasa berada di bawah pemeliharan Allah. Ketinggian iman Rasullah membuatkan jiwanya tidak terusik pada harta dunia, yang menjadi impian Rasulullah adalah mendapatkan keredhaan Allah S.W.. 


(al-ghazali)

Jumaat, 6 November 2009

meniti hari-hari dimusim tengkujuh..


musim tengkujuh telah datang kembali, memang itulah kebiasaannya kerana bulan 8-12 merupakan musim tengkujuh di negeri-negeri pantai timur...semasa nukilan ini ditulis, di negeriku kelantan sudah 3-4 hari hujan turun tanpa henti dan menyebabkan 1000 orang lebih telah dipindahkan..dijangkakan hujan akan berterusan sehingga hari ahad ini dan ini berkemungkinan akan ada lebih ramai lagi yang akan dipindahkan..


bagiku semenjak hari pertama lagi hujan turun ia sudah menjadi ujian kepadaku..apa tidaknya, pergi kesekolah naik motor dalam keadaan hujan..sampai kesekolah basah-basah.cemburu pulak tengok orang lain naik kereta dengan selesa tanpa perlu bimbang akan basah..tapi hati ini dikuatkan dengan menganggap semua ini adalah ujian, dan bagi orang yang bersabar dengan ujiannya maka kejayaan didunia dan akhiratlah sebagai balasannya...


firman Allah "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." 2:155)


dugaan-dugaan sebegini bukanlah asing bagiku..dari kecil lagi sudah menempuhi ujian-ujian sebegini..semasa disekolah rendah, bila banjir ayahku menghantarku kesekolah menggunakan perahu, perahu dikemudikan melalui celah-celah pokok dan semak. seluar dan kasut sekolah dimasukkan kedalam plastik kerana dibimbangi akan basah..bila sampai berdekatan sekolah baru ku pakai seluar dan kasut tersebut.selepas banjir surut lagi perit kerana terpaksa jalan kaki kesekolah dalam keadaan jalan yang bechak, kasut dan seluar xboleh pakai sebab takut kotor, basikal xboleh naik jalan masih ada air..emm mmg dugaanlah masa kecik2 dulu..itu masa hari sekolah, kalau cuti pula, masa2 banjir rutin harianku ialah tahan pukat dan potong rumput bagi kt lembu2 ku..


mmg itu lah kerja2 ku masa ku diperingkat sekolah rendah..sekarang ku sudah dewasa, namun ujian tidak mengenal muda atau dewasa..bila ku dewasa ku tetap mengharungi ujian2 sedemikian bahkan yang lebih hebat lagi..aku ada dengar ustaz2 berceramah, Allah memberi ujian kepada hambanya mengikut tahap keimanan seseorang itu, makin tinggi keimanan seseorang itu makin kuatlah ujian2 yang akan dihadapinya...ya aku yakin dengan apa yang diajarkan kepadaku...setiap ujian aku perlu menghadapinnya dengan penuh keredhaan dan ketaqwaan..


firman allah "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (2:286)