Rabu, 23 Disember 2009

BAGAIMANA MELAYARI INTERNET DENGAN KEBERSAMAAN ALLAH

Dr Fathi Yakan adalah seorang ulamak dan pendakwah yang dikenali. Beliau adalah antara pelopor pergerakan Islam dalam tahun 50-an, berkelulusan PhD dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Dr Fathi Yakan telah mengarang lebih dari 35 buah buku, sebahagian besarnya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.


Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.

Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.

Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:

Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.
(an Nisa’ 165)

Dan firman maksudnya:
dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.
(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: “biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya”.

Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.
Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.

Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata.

Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.

Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.

Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.
Merialisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya.

Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat.

Kemudian dengan memelihara keberterusan “muraqabah” dan “muhasabah” serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.
(hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini.. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.

http://komik.dakwah.info/ 


Selasa, 15 Disember 2009

GENERASI MENDATANG GENERASI YANG MENANG VOL.2

Generasi Yang Menang Generasi Yang Suka Membaca Al-Quran Dan Mempelajari As-Sunnah


Orang yang membuka kitab suci Al-Quranul Karim dan memahami surah Al-Fatihah sudah boleh membayangkan wajah mereka. orang-orang yang dimenangkan Allah itu diperlihatkan sedang mendaki jenjang para salikin dan melintasi kedudukan para sairin menuju maqamat idea. Firman Allah :
"Hanya engkau lah yang kami sembah dan hanya engkau lah yang kami memohon pertolongan" (Al-Fatihah:5)


Mereka adalah ahli tauhid yang sebenarnya dan ahli ibadat yang semata-mata hanya kepada Allah. Hanya kepada Allah lah mereka meminta pertolongan. Mereka juga tidak mau mengabdikan diri kepada selain nya. Hanya kepada Allah lah mereka bertawakkal dan kepada Allah lah mereka menyampaikan keluh-kesahnya 


Harapan terbesarnya hanya mahu dimohon kepadanya dan diharapkan dari belas kasihannya. Mereka selalu bermohon agar diberi hidayah "shirotol mustaqim", yakni jalan yang lurus yang pernah diberikan kepada orang-orang yang terdahulu (kepada para nabi, shiddikin, syuhada dan shalihin). Dalam doanya sekali gus juga dia bermohon agar dijauhkan dari orang-orang yang dibencinya dan dari jalan yang ditempuh orang-orang yang sesat. Jalan itu tentu saja sudah berbeza dari jalan mereka yang lurus. Dengan kurnia hidayahnya mereka menemukan "shirotol mustaqim". Kerana itu dengan sendirinya mereka sudah dibebani kewajiban dan memisahkan diri dari jalan yang ditempuh calon penghuni neraka.


Rasulullah Saw melihat mereka sebagai Al Firaqah Annajiyah, sebagai kelompok yang selamat di antara 73 kelompok yang celaka. Mereka itulah orang-orang yang tidak dikendalikan hawa nafsu, seperti halnya anjing dengan pemiliknya. Mereka tidak keluar dari Ad Diennya seperti anak panah keluar meninggalkan busurnya. Mereka adalah orang-orang yang berpegang teguh dengan apa yang yang dipegang Rasulullah Saw dan pasa sahabat.


Rasulullah Saw melihat mereka sebagai pewaris yang berkeadilan. mereka menerima warisan dan amanat nubuah. Sebagaimana halnya seorang da'ie yang sedar dan bertanggungjawab. Mereka melihara amanatnya dengan baik, bukan seperti orang-orang yang diberi amanat kitab taurat, dan bukan pula seperti orang-orang yang memperoleh ayat-ayat Allah, kemudian mereka tidak menunaikannya. firman Allah: 
"seperti seekor keldai yang dibebani membawa kitab-kitab" (aljumaah:5)


Kelompok yang menang adalah mereka yang mempertahankan warisannya agar tetap asli, murni dan seimbang. Mereka sentiasa memelihara mewarisan itu dengan baik. mereka menjauhkannya dari orang-orang yang taklid (fanatik) buta, dari para penganut yang merusak dan dari penafsiran orang-orang jahil.


Rasulullah Saw memndang mereka sebagai "saudara rasullah" yang dilahirkan pada akhir zaman, sementara yang bersama dinyatakan sebagai sahabat-sahabatnya. Rasulullah Saw selalu merasa rindu kepada mereka sebelum mereka diciptakan dan beliau ingin sekali melihat wajah mereka sebelum mereka dilahirkan.


Dalam satu hadith dihuraikan bahawa Rasulullah Saw bersabda:-
" aku ingin sekali melihat wajah saudara-saudaraku. para sahabat lantas bertanya dengan penuh  kehairanan kepada beliau, bukankah kami saudara-saudaramu, ya Rasulullah? Rasullah Saw menjawab , kalian adalah sahabat-sahabatku. sedangkan saudara-saudaraku yang lain adalah suatu kaum yang akan datang kelak!"


 Rasulullah Saw melihat mereka sebagai Al-Ghuraba, (orang-orang asing). Mereka itulah yang senang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah yang telah dimatikan orang. Mereka juga memperbaiki apa-apa yang telah dirusak orang.


Rasulullah Saw melihat mereka sebagai makhluk yang paling menakjubkan imannya. Mereka beriman kepada Rasulullah Saw, padahal mereka tidak melihatnya. Mereka beriman dengan kitabnya dan menerapkan apa yang termaktub didalam kehidupan sehari-hari.


Rasulullah Saw melihat mereka sebagai orang-orang yang berpegang teguh kepada Ad-Dien, terutama pada waktu bergolakknya fitnah diantara orang-orang yang menghilangkannya. Meskipun nasib mereka seperti orang yang memegang bara namun mereka aktif pada hari-hari mencekam itu. maka tidak hairan lah bila mereka mendapatkan imbalan ilmu puluhan kali lipat ganda daripada imbalan karya-karya yang aktif pada waktu itu.


Rasulullah Saw melihat mereka sebagai kelompok yang berpegang teguh pada kebenaran, walaupun mereka berada diantara para perusak yang menyeru orang ramai membudayakan ajaran bid'ah. Mereka menganut jalan tengah, antara golongan yang bertindak luar batas dan yang kekurangan. Mereka adalah orang-orang yang memperoleh hidayah ke jalan yang lurus, antara golongan  yang dibenci dan golongan yang sesat.


Rasulullah Saw melihat mereka sebagai kelompok yang menang. dunia kelak akan berpihak kepada mereka dan sekubu dengannya. bahkan pepohonan dan bebatuan akan mendukung perjuangan mereka dan akan menunjukkkan tempat persembunyian musuh-musuhnya..


rujukkan: al-qardowi-generasi mendatang generasi yang menang