Isnin, 14 Jun 2010

cuit-cuit musim cuti...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.........

Wah dah lama x update blog ku ni, usah kata nak update nak jenguk blog sendiri pun susah. Sibuk memanjang je, walhal ni musim cuti sekolah..rindu jugak kat blogku ni..blog lah sebagai tempat ku meluahkan perasan selepas meluahkan perasaan kat kekasihku yang satu iaitu tuhan yang maha esa.
Kalau musim sekolah sibuk dengan kerja-kerja sekolah yang ku punggah bawak balik rumah, kalau musim cuti, emmm usah cakap lah…walaupun xde kerja tapi xlekat kat rumah, lebih dari pergi memgajar. Jemputan kahwin tiap-tiap hari, bermula 5/6 lepas sampailah 13/6 xhenti-henti pergi jemputan kahwin. Bukan satu atau dua sehari tapi tiga empat majlis kahwin kena pergi..emm agak2nya kalau sampai 40 jemputan kahwin dalam masa 2 minggu ni alamatnya cuti hujung tahun ni giliran ku pulaklah buat kenduri.he 3x..berseloroh sorang..

Kebetulan cuti ni kawan-kawan lama pun ramai yang duk kat kampong, ada yang baru habis belajar, ada yang cuti akhir sem, jadi makin jarang lah duk kat umah, malam-malam keluar minum air sambil sembang dengar cite masing-masing, alamatnya kalau kat kedai tu riuh rendahlah kedai tu dengan cite masing-masing, yang paling menarik kalau sama-sama ungkit cite masa sekolah menengah dulu, cerita kena rotang kat mudir lah sebab main mercun, tayar motor kena kunci lah sebab pakai exzos kuat masa last exam spm..emm mcm2 lagi lah..tapi tu semua aku xterlibat, Cuma yang rotan tu kena skali sebab join sama dengan member2 yang main mercun tu..kawan-kawan ada yang kena sampai 10x rotan atas belakang kesian bebenor tengok kat member2 ku..aku hanya kena sekali sahaja, sebab join dengan member2 yang main mercun tu..masa kat sekolah dulu semua pelajar jadi member, xpilih2..ustazah kesayangan mengiling kepala sebab aku kena rotan sekali..katanya xsangka aku leh terlibat sama..he 3x..

Berbalik soal keluar malam-malam lepak dengan kawan-kawan, mak kat umah pun mengeluh, balik lewat-lewat malam. Mak pun dah xtahu cara macam mana nak ubat keluar malam ni, aku pun masa ada kawan ni je keluar malam, kalau xde duk kt umah je lah…spupu ku dulu pun sebelum kahwin memang suka keluar malam, dia teruk lagi sebab hantu bola, malam2 cari mana2 port yang ada astro tengok bola, spupuku ni balik dari mesir, dpt jadi ustaz. Bila mak dia dah bosan tengok dia kerap sangat keluarr mlm, last2 suh kahwin..emm bila dah kawin kuranglah tabiat keluar malam tu,menjadi jugak planning mak dia tu..he 3x..ye lah xkan nak tinggal bini sorang2 kat umah kot.. aku pun mungkin kena bagi nikah jugak baru xkuar malam..he 3x.. walaupun aku keluar malam tapi keluar selepas balik dari masjid dengar kuliah maghrib n solat isya’ berjamaah. Kalau keluar mesti balik lewat, pendek kata kul 12-1 pagi jugaklah..tu lah perangai burukku..
kalau balik lewat, tido xleh atas katil lah, kena tido atas kerusi kat luar je supaya mudah bangun nak pi solat berjamaah kat masjid subuh  esok hari, kalau tido kat bilik atas katil yang empot tu alamatnya subuh hujung2  je lah, kalau gajah tu jarang2 sekali, mungkin dalam setahun tu sekali dua yang terlajak..na’uzubillah dari mengulangi sembahyang suboh gajah tu…