Jumaat, 31 Ogos 2012

Lemahnya Imanku

Tidak ada saat yang paling aku rasa tewas dengan nafsu sendiri bila ada jemaah tabligh yang mengajak para hadirin azam/niat untuk meluangkan masa, meninggalkan rumah, anak bini dan kerja harian untuk keluar berdakwah..sungguh..sungguh..aku xmampu berkata saya!!!, bahkan bangun mengangkat tangan mendaftarkan nama untuk keluar samada 40hari, 7hari atau 3hari..

sungguh2 aku cemburu dengan mereka yang ringan tulang bangun memberi nama untuk keluar di jalan Allah sehingga ada yg keluar 4 bulan berjalan kaki..subhaanallah..

Aku lebih cemburu sehingga berderau darah muda tercabar bila ada yang tua umur menunggu masa dipanggil ilahi mengangkat tongkatnya dengan penuh semangat untuk keluar dalam tempoh masa yang agak lama..sungguh..sungguh aku merasa kerdil berbanding mereka..baru aku tahu lemahnya imanku..

Rabu, 11 Julai 2012

Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan

1. Berdoa- antara doa yang mashur "Ya Allah berkatilah kami pada bulan rejab dan syaaban dan sampaikanlah kami pada bulan ramadhan"

2. Bersyukur- Berterima kasih kpd Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk mengecapi lagi bulan ramadhan.

3. Bergembira- kerana pada bulan ini dibukakan seluas-luas pintu syurga dan di tutup serapat-rapatnya pintu neraka.

4. Mengisi masa dengan agenda-agenda kearah ramdhan-baca al-Quran, berzikir qiamullai dan lain-lain.

5. Mencari ilmu yang berkaitan bulan ramadhan..mempelajari hukum-hukum yang berkaitan dengan puasa.

Rabu, 20 Jun 2012

Rancangan Upin dan Ipin Menggamit memori

Melihat rancangan Upin dan Ipin hari ini mengingatkan kisah zaman dulu-dulu waktu belajar, zaman yang penuh dengan kenangan manid, almakluklah zaman kanak-kanak mana ada fikir masalah, yang pandai hanya makan, main, tido dan belajar sikit-sikit..kisah Upin dan Ipin ni, bukan setakat sesuai untuk zaman dulu-dulu, bahkan  zaman sekarang pun masih ada lagi, kira boleh dikatakan zaman kanak-kanak memang akan menempuhi perakara ini. Sebaimana yang digambarkan dalam watak-watak Upin dan Ipin:-

1. guru besar bekeng (garang)
2. g sekolah kena marah bila pakaian kotor, kuku panjang..
3. buku latihan xbawak
4. pergi sekolah berniaga- zaman penulis dulu berniaga buah kuang (makan) dan buah getah buat (main blago)
5. sesetengah murid perempuan yang begitu cerdik kemas menggambarkan mereka ini begitu matang menyebabkan aku menaruh minat secara diam-diam..wlpn  penulis tahu penulis tidak setanding dengan mereka..

kesimpulannya...Rancangan Upin dan Ipin amat bermanfaat dab pengajaran untuk kita semua..message nya begitu mendalam, yang paling menyentuh jiwa penulis bila si nenek mengubah tanggapan cucunya tentang guru garang (bekeng)  dan orang lain tidak menyokong mereka bila didenda kepada tanggapan guru-guru dan keluarga mereka sayang kepada mereka..sekali lagi harapan penulis agar ibubapa dapat mengambil pengajaran daripada cerita ini..

Tonton video Upin dan Ipin

part 1
http://www.youtube.com/watch?v=o2wrKd5HFEI&feature=youtube_gdata_player

part 2
http://www.youtube.com/watch?v=OMy5RZHWCI0&feature=youtube_gdata_player

part 3
http://www.youtube.com/watch?v=BMNXoSDh-QM&feature=youtube_gdata_player

Khamis, 14 Jun 2012

Penuhilah Harimu Dengan Majlis Ilmu

Assalaamu'alaikum..Salam Hari Jumaat Yang Berkat.

Alhamdulillah hari ini masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk kita sama-sama meneruskan amanah kita sebagai khalifah dimuka bumi ini.

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari..justeru itu tidak patutlah sekiranya kita mensia-siakan hari yang berkat ini. Di Kelantan hari jumaat merupakan hari cuti minggu. pelbagai aktiviti yang dirancang bagi mengisi hari jumaat ini, ada yang hanya duduk dirumah meluangkan masa bersama keluarga memandangkan hari jumaat lah hari yang boleh masing-masing ahli keluarga berjumpa mata, ada juga keluar ke pasar-pasar pagi membeli barang di pasar minggu, ada yang mengunakan hari jumaat untuk mencari sedikit makanan rohani dengan menghadiri kuliah-kuliah pagi jumaat, dan pelbagai lagi aktiviti yang dirancang. Namun ketahuilah diantara aktiviti yang paling baik ialah dengan duduk dimajlis ilmu.

Aktivii Penulis
penulis sendiri pagi-pagi jumaat ini.cuba sedaya upaya untuk duduk dimajlis ilmu, seusai solat subuh berjamaah yang mana pada pagi jumaat mashur dengan solat suboh sajadah, dikatakan solat suboh sajadah kerana dalam solat suboh ada dibacakan surah sajadah dan dan disunatkan untuk sujud sajadah. dalam surah ini juga diceritakan sekumpulan manusia yang merayu kepada Allah untuk dikembalikan kedunia setelah mereka yakin dengan melihat sendiri azab Allah di alam akhirat wal hal pada masa mereka didunia mereka langsung tidak percaya..namun itu semua rayuan yang sia-sian..mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan tersebut.

kembali balik cerita penulis tentang aktiviti penulis pada pagi jumaat, seusai solat suboh, penulis akan talaqqi Al-Quran di sebuah surau berdekatan. sebenarnya penulis sendiri baru sahaja turut serta dalam majlis ini, ini susulan penulis pernah ditegur oleh ustaz dlm majlis kuliah yang mana kuliah hari tu khusus untuk memperbetulkan bacaan alftihah dan tahiyyat akhir. ternyata yang sebelum ini penulis yang syok sndiri dengan status ustaz akhirnya memakan diri. beberapa tempat dalam bacaan fatihah dan tahiyyat ditegur dari segi makhraj huuf, adapun dari segi tajwib penulis selamat..yang penulis teruja bila penulis yang dipanggil ustaz ditegur oleh ustaz maka gerombolan lah jamaah yang lain yang asalnya duduk jauh-jauh dalam majlis takut disuruh baca oleh pak ustaz masuk turut serta..mungkin dalam fikiran mereka, "kalau ustaz pun kena tegur, apatah lagi mereka yang orang biasa-biasa" mungkin inilah yang memberanikan mereka. pendek kata, selepas kuliah ini lah penulis menghadiri kelas tahsin alquran yang diadakan oleh ustaz sama pada setiap kali selepas solat suboh hari minggu.

Sebenarnya dalam hari yang sama juga penulis ada mengikuti kelas yang kelah tafaqquh fid din yang mana dalam kelas ini juga ada slot talaqqi, namun mengaji tidak boleh kata cukup dengan seorang guru, makin banyak ilmu makin banyak ilmunya..

bercerita tentang kelas tafaqquh ini, kelas ni hanya mengambil masa sekitar 1jam, bermula jam 8pg lebih - 9 pg lebih. namun dalam satu jam pelbgai bidang ilmu disentuh. bermula dengan talaqqi alquran kemudian belajar kitab tajwid, kemudian kitab hadis, kemudian kitab akidah dan feqah dan akhirnya kitab haraki.

Hari ini (15/6/12) setelah beberapa tahun talaqqi al-quran baru menamatkan surah albaqarah.  guru penulis menceritakan pengalaman beliau semasa belajar dulu yang mana apabila tamat baca surah al-baqarah maka gurunya akan menyediakan jamuan bagi meraikan murid-muridnya dan hari ini guru penulis juga ada melakukan benda yang sama dengan membawa makanan sebagai jamuan. Kata guru kepada guru penulis surah al-baqarah merupakan surah yang terpanjang dalam al-quran, maka kalau tamat surah ini insyaAllah akan mudah lah surah-surah lain, kerana surah lain lebih pendek daripada surah Al-baqarah. bahkan apa yang terkesima penulis dengar ialah tamat sahaja surah albaqarah maka akan dibuat majlis khatam. penulis ingatkan khatam hanya apabila tamat sebuah alquran.begitulah tingginya ilmu dan adab guru-guru.

sebelum dibuat khatam surah albaqaah guru penulis juga ada menceritakan tentang kisah zaman sahabat dulu yang mana seorang sahabat pergi berjumpa Rasulullah dan menyampaikan hajatnya untuk berkahwin, Rasulullah bertanya adakah dia mempunyai wang untuk berkahwin, maka lelaki itu menjawab tidak ada walaupun sedikit, maka Rasulullah bertanyakan adakan dia menghafaz mana-mana surah daripada al-quran? maka lelaki itu menyebutkan beberapa surah antranya surah al-baqarah. maka Rasulullah mengahwinkan lelaki itu dengan seorang perempuan. guru ku sempat berseloroh, dengan berkata "jadi bila dah habis baca surah ni maka kira boleh lah nak lah nak kahwin" tertunduk penulis seketika memandangkan penulis p belum berkahwin..

begitulah banyaknya faedah kalau kita menghadiri majlis ilmu, ilmu tidak pernah habis, walaupun kita sudah bergelar ustaz, namun itu adalah gelaran semata-mata. gelaran tidak membantutkan usaha mencari ilmu..umpama orang kaya, adakah dia akan berhenti mencari kekayaan setelah berstatus kaya? sudah tentu tidak, maka lebih-lebih lagi lah bila kita berbicara soal ilmu.

Mudah-mudan kita sama-sama pakat menjadikan hari Jumaat hari Ilmu untuk kita..Wallahu'alam..

Ahad, 11 Mac 2012

LAW KAANA BAINANA..

LAW KAANA BAINAN ataupun dalam bahasa melayunya "KALAULAH NABI BERSAMA KITA"..bila dengar ayat ni penulis teringat kepada suatu kisah, kisah tentang Nabi kita yang begitu memahami hati seorang sahabatnya. Dalam sebuah hadith menceritakan seorang sahabat yang ditanya oleh Rasulullah menyuruh dia berkahwin. Tetapi sahabat itu menjawab yang dia tidak boleh kahwin kerana miskin. Kemudian dari itu Rasulullah bertanya lagi mengapa dia tidak mahu kahwin, dan dia tetap menjawab mengatakan yang dia miskin. Pada kali ketiganya bila Rasulullah bertanya lagi, sahabat itu tidak berani lagi menjawab lalu dia pun berkata kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, memang saya hendak kahwin sekarang ini. Carikanlah saya seorang isteri ya Rasulullah."

Maka dijawab oleh Rasulullah, "Pergilah kamu ke sebuah kampung sana dan katakan kepada orang kampung itu yang Rasulullah menyuruh mereka mengahwinkan seorang anak gadis kampung itu dengan kamu."

Kemudian sahabat itu pun pergilah ke kampung itu dan menyampaikan apa yang dikatakan oleh Rasulullah tadi. Selepas itu dia datang kembali menemui Rasulullah clan berkata yang dia tidak ada wang untuk dijadikan maskahwinnya. Maka dijawab oleh Rasulullah, "Carilah satu cincin besi."



Kalau diamati kepada kisah tadi maka penulis juga terfikir kalaulah nabi bersama dengan Nabi ketika itu mesti benda yanga saya akan diungkapkan oleh penulis, tapi....yang realitinya tidak berlaku. Ruginya penulis tidak boleh berjumpa dengan Nabi..Untung Para Sahabat yang dapat berjumpa dengan Nabi dan boleh meminta nasihat dari Nabi. Untung juga Sahabat yang miskin itu kerana hanya bawa nama Nabi ke sebuah kampung untuk mendapatkan seorang isteri. Kalau zaman ini, hampir pasti perkara sebegini tidak berlaku, kalau kamu miskin, maka kamu kena terima hakikat bahawa payahlah orang mahu menerima kamu untuk dijadikan sebagai menantu!!!!!



Jumaat, 27 Mei 2011

Tips Memilih Minyak Pelincir Kereta

Salam kepada semua yang singgah dekat blog yang serba kekurangan ni, kali ni saya nak share tentang tips memilih minyak pelincir (minyak hitam) kereta. Saya tulis "share" sebab article ni bukan dari saya, kiranya article ni kredit kepada empunya blog http://tipspenjagaankereta.blogspot.com. Dan pada hakikatnya dalam blog ni pun memang jarang saya menulis sendiri, xberkesempatan dan malas nak fikir-fikir susun ayat. 


Sambil-sambil dapat maklumat untuk diri sendiri saya kongsilah kepada para pembaca-pembaca sekalian.. Saya rasa penting untuk kita mengenali kualiti minyak kereta yang kita nak tukar tu, bila dah kenal tu, xlah nanti kena klentong dekat mekanik-mekanik kat luar tu. Minyak yang berkualiti rendah pun dikatakan berkualiti tinggi. Akhirnya kita juga yang terpaksa membayar dengan harga yang tidak sepatutnya..



Minyak Pelincir

*Pengenalan Minyak Pelincir

Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin pula majoritinya menggunakan bahan-bahan keluli yang melakukan pergerakan tertentu setiap kali enjin beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini akan menghasilkan tekanan dan haba yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen-komponen yang bergeser. Jadi, untuk meminimumkan masalah ini, minyak pelincir digunakan.

Secara asasnya, minyak pelincir akan berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Enjin-enjin yang berkapasiti lebih kecil (seperti motosikal 4 lejang) akan bergantung semaksimum mungkin kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.

*Mengenali API dan SAE

'API' adalah singkatan kepada 'American Petroleum Institute' (Institut Petroleum Amerika). Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian 'API' untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.

Sementara 'SAE' pula adalah singkatan kepada 'Society of Automotive Engineers' (Persatuan Jurutera Automotif). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.

Nota: Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pertubuhan-pertubuhan ini, sila lawat laman web http://www.api.org/ dan http://www.sae.org/ . Laman-laman web ini berguna untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah pengentahuan berkenaan perkembangan teknologi semasa industri automotif sedunia.

*Gred Minyak Pelincir

Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu 'monograde' (gred tunggal) dan multigrade (pelbagai gred). Minyak pelincir 'monograde' adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir 'multigrade' dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.

Sementara minyak pelincir jenis 'multigrade' pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis 'multigrade' ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis 'monograde' tadi. Selalunya, minyak pelincir 'multigrade' dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut.

Minyak pelincir 'multigrade' adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir 'multigrade' ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik.










Ahad, 26 Disember 2010

Antara cinta dan penimbaan ilmu

Sumber: Harian Metro

LEBIH BERMANFAAT...daripada menjalin hubungan yang tidak pasti, apa kata gunakan masa sedia ada untuk menambah kenalan.
LEBIH BERMANFAAT...daripada menjalin hubungan yang tidak pasti, apa kata gunakan masa sedia ada untuk menambah kenalan.
BUDAYA berpacaran kian menjadi amalan kebanyakan mahasiswa sebaik saja bergelar warga kampus hingga menimbulkan keresahan masyarakat.
Kebimbangan itu cukup berasas kerana ia bukan saja mampu mencetuskan fenomena gejala sosial tidak terkawal, malah dikhuatiri boleh menyebabkan mahasiswa tergelincir daripada tujuan asal menjejakkan kaki ke menara gading.

Sudahnya, terkandas dalam peperiksaan, emosi terganggu, pembaziran masa dan wang selain potensi dibuang daripada universiti juga ada.

Meskipun sudah tahu risikonya, mahasiswa masih menganggap budaya itu satu kemestian, jika tidak pasti bingit telinga disindir rakan seperjuangan dengan panggilan ‘surat khabar lama’.



Masyarakat pasti tertanya-tanya penting benarkah budaya ini hingga mahasiswa ‘mengagung�kannya’ atau hanya terikut-ikut kerana tidak sanggup dicop ‘tidak laku’?



Bagaimana pula kesannya terhadap mahasiswa, bolehkah membantu mereka mencipta kejayaan dengan dorongan sang kekasih atau sebaliknya?

Penolong Profesor Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata sukar menangkis penularan budaya berpacaran di kalangan mahasiswa kerana sudah menganggapnya sebagai satu kemestian sebaik saja menjejakkan kaki ke menara gading.

Menurutnya, penularan budaya itu sukar dikawal kerana mahasiswa menjadikannya sebagai budaya hidup dengan memberi alasan tertentu supaya diterima masyarakat.

“Disebabkan alasan itulah, budaya ini semakin berkembang dan sukar dihapuskan. Meskipun tahu natijahnya, mereka tidak kisah kerana beranggapan ia satu kemestian dan perlu dilakukan.

“Jika tidak, mereka pastinya disindir atau ditempelak sedangkan banyak lagi tanggungjawab utama perlu dilaksanakan, bukannya sibuk mencari pasangan atau melayan angan - angan yang belum pasti.

“Malangnya itulah yang menjadi keutamaan mahasiswa hari ini hingga menimbulkan kebimbangan bukan saja ibu bapa, tetapi masyarakat yang kadang kala sakit mata melihat aksi kurang sopan mereka di khalayak ramai,” katanya.

Persoalanya mengapa budaya yang tidak digemari masyarakat ini menjadi keutamaan sebahagian besar warga kampus?

Beliau berkata budaya berkenaan sudah dianggap sinonim sebagai lambang kebebasan remaja mencorakkan masa depan tanpa kongkongan ibu bapa apatah lagi kejayaan menjejakkan kaki di menara gading sudah dianggap mampu berfikiran matang.

Atas kepercayaan itu mahasiswa bagaikan berlumba-lumba mencari pasangan bagi membuktikan mereka sudah dewasa selain sudah tiba masanya belajar berdikari dan membuat keputusan.

Terpilih melanjutkan pengajian di menara gading bermakna mereka sudah melangkah ke frasa dewasa, justeru, naluri untuk saling menyayangi timbul meskipun masanya tidak sesuai.

“Pada masa sama, mahu membuktikan mereka ‘laku’, ada peminat serta mampu menarik perhatian rakan berlainan jantina untuk menjalin hubungan ke peringkat serius.

“Ini tidak seharusnya berlaku kerana mahasiswa perlu meletakkan kepentingan utama iaitu menuntut ilmu dan menghabiskan pengajian, bukannya mencari pasangan sekali gus menjalin hubungan terlarang,” katanya sambil menegaskan budaya itu mampu membuat seseorang berisiko terbabit dalam pelbagai masalah luar jangkaan.

“Bayangkan jika pasangan mahasiswa itu bergaduh sedangkan esok ada peperiksaan. Emosi akan terganggu, tidak dapat belajar, sekali gus berdepan risiko gagal dalam pengajian,” kata Dr Mastura.

Tidak nampak faedah mempertahankan atau mementingkan budaya itu kerana jelas mengundang keburukan. Mungkin ada beranggapan diri kuat berdepan cabaran, malangnya aspek membabitkan emosi sukar dikawal.

Ditanya adakah budaya itu mampu menyumbang kepada peningkatan masalah sosial, beliau tidak menafikan malah menganggapnya antara penyumbang terbesar kerana didorong perasaan sayang luar biasa.

“Kebanyakannya masih muda dan terlalu hijau mengenai selok-belok kehidupan. Apabila disogokkan dengan pelbagai pengalaman dan cerita mengenai keseronokan dunia percintaan, mereka yang naif mudah terjebak.

“Meskipun ada mengaku hubungan itu dijalinkan atas paksi ‘bersih’, masih sukar menolak godaan nafsu. Maruah diri tergadai, masa depan juga hancur gara-gara budaya ini,” katanya.

Beliau menyarankan mahasiswa supaya memperteguhkan emosi dan diri untuk lebih fokus kepada pengajian.

“Tidak dinafikan, isu membabitkan perasaan sangat subjektif, tapi mahasiswa perlu kuat dan mempunyai pendirian. Fokus pada tujuan utama dan jangan mudah terpengaruh dengan kejutan budaya.

“Menara gading tempat membina kejayaan hidup masa depan jangan persiakan peluang dengan terjebak kepada perkara merugikan selain tidak perlu terburu-buru memberi komitmen pada pasangan saja.

“Gunakan zaman remaja dengan melakukan perkara berfaedah. Apabila tamat pengajian dan memperoleh pekerjaan, itulah masanya paling sesuai mencari pasangan hidup secara sah,” katanya.