Rabu, 23 Disember 2009

BAGAIMANA MELAYARI INTERNET DENGAN KEBERSAMAAN ALLAH

Dr Fathi Yakan adalah seorang ulamak dan pendakwah yang dikenali. Beliau adalah antara pelopor pergerakan Islam dalam tahun 50-an, berkelulusan PhD dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Dr Fathi Yakan telah mengarang lebih dari 35 buah buku, sebahagian besarnya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.


Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.

Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.

Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:

Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.
(an Nisa’ 165)

Dan firman maksudnya:
dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.
(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: “biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya”.

Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.
Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.

Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata.

Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.

Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.

Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.
Merialisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya.

Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat.

Kemudian dengan memelihara keberterusan “muraqabah” dan “muhasabah” serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.
(hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini.. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.

http://komik.dakwah.info/ 


Selasa, 15 Disember 2009

GENERASI MENDATANG GENERASI YANG MENANG VOL.2

Generasi Yang Menang Generasi Yang Suka Membaca Al-Quran Dan Mempelajari As-Sunnah


Orang yang membuka kitab suci Al-Quranul Karim dan memahami surah Al-Fatihah sudah boleh membayangkan wajah mereka. orang-orang yang dimenangkan Allah itu diperlihatkan sedang mendaki jenjang para salikin dan melintasi kedudukan para sairin menuju maqamat idea. Firman Allah :
"Hanya engkau lah yang kami sembah dan hanya engkau lah yang kami memohon pertolongan" (Al-Fatihah:5)


Mereka adalah ahli tauhid yang sebenarnya dan ahli ibadat yang semata-mata hanya kepada Allah. Hanya kepada Allah lah mereka meminta pertolongan. Mereka juga tidak mau mengabdikan diri kepada selain nya. Hanya kepada Allah lah mereka bertawakkal dan kepada Allah lah mereka menyampaikan keluh-kesahnya 


Harapan terbesarnya hanya mahu dimohon kepadanya dan diharapkan dari belas kasihannya. Mereka selalu bermohon agar diberi hidayah "shirotol mustaqim", yakni jalan yang lurus yang pernah diberikan kepada orang-orang yang terdahulu (kepada para nabi, shiddikin, syuhada dan shalihin). Dalam doanya sekali gus juga dia bermohon agar dijauhkan dari orang-orang yang dibencinya dan dari jalan yang ditempuh orang-orang yang sesat. Jalan itu tentu saja sudah berbeza dari jalan mereka yang lurus. Dengan kurnia hidayahnya mereka menemukan "shirotol mustaqim". Kerana itu dengan sendirinya mereka sudah dibebani kewajiban dan memisahkan diri dari jalan yang ditempuh calon penghuni neraka.


Rasulullah Saw melihat mereka sebagai Al Firaqah Annajiyah, sebagai kelompok yang selamat di antara 73 kelompok yang celaka. Mereka itulah orang-orang yang tidak dikendalikan hawa nafsu, seperti halnya anjing dengan pemiliknya. Mereka tidak keluar dari Ad Diennya seperti anak panah keluar meninggalkan busurnya. Mereka adalah orang-orang yang berpegang teguh dengan apa yang yang dipegang Rasulullah Saw dan pasa sahabat.


Rasulullah Saw melihat mereka sebagai pewaris yang berkeadilan. mereka menerima warisan dan amanat nubuah. Sebagaimana halnya seorang da'ie yang sedar dan bertanggungjawab. Mereka melihara amanatnya dengan baik, bukan seperti orang-orang yang diberi amanat kitab taurat, dan bukan pula seperti orang-orang yang memperoleh ayat-ayat Allah, kemudian mereka tidak menunaikannya. firman Allah: 
"seperti seekor keldai yang dibebani membawa kitab-kitab" (aljumaah:5)


Kelompok yang menang adalah mereka yang mempertahankan warisannya agar tetap asli, murni dan seimbang. Mereka sentiasa memelihara mewarisan itu dengan baik. mereka menjauhkannya dari orang-orang yang taklid (fanatik) buta, dari para penganut yang merusak dan dari penafsiran orang-orang jahil.


Rasulullah Saw memndang mereka sebagai "saudara rasullah" yang dilahirkan pada akhir zaman, sementara yang bersama dinyatakan sebagai sahabat-sahabatnya. Rasulullah Saw selalu merasa rindu kepada mereka sebelum mereka diciptakan dan beliau ingin sekali melihat wajah mereka sebelum mereka dilahirkan.


Dalam satu hadith dihuraikan bahawa Rasulullah Saw bersabda:-
" aku ingin sekali melihat wajah saudara-saudaraku. para sahabat lantas bertanya dengan penuh  kehairanan kepada beliau, bukankah kami saudara-saudaramu, ya Rasulullah? Rasullah Saw menjawab , kalian adalah sahabat-sahabatku. sedangkan saudara-saudaraku yang lain adalah suatu kaum yang akan datang kelak!"


 Rasulullah Saw melihat mereka sebagai Al-Ghuraba, (orang-orang asing). Mereka itulah yang senang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah yang telah dimatikan orang. Mereka juga memperbaiki apa-apa yang telah dirusak orang.


Rasulullah Saw melihat mereka sebagai makhluk yang paling menakjubkan imannya. Mereka beriman kepada Rasulullah Saw, padahal mereka tidak melihatnya. Mereka beriman dengan kitabnya dan menerapkan apa yang termaktub didalam kehidupan sehari-hari.


Rasulullah Saw melihat mereka sebagai orang-orang yang berpegang teguh kepada Ad-Dien, terutama pada waktu bergolakknya fitnah diantara orang-orang yang menghilangkannya. Meskipun nasib mereka seperti orang yang memegang bara namun mereka aktif pada hari-hari mencekam itu. maka tidak hairan lah bila mereka mendapatkan imbalan ilmu puluhan kali lipat ganda daripada imbalan karya-karya yang aktif pada waktu itu.


Rasulullah Saw melihat mereka sebagai kelompok yang berpegang teguh pada kebenaran, walaupun mereka berada diantara para perusak yang menyeru orang ramai membudayakan ajaran bid'ah. Mereka menganut jalan tengah, antara golongan yang bertindak luar batas dan yang kekurangan. Mereka adalah orang-orang yang memperoleh hidayah ke jalan yang lurus, antara golongan  yang dibenci dan golongan yang sesat.


Rasulullah Saw melihat mereka sebagai kelompok yang menang. dunia kelak akan berpihak kepada mereka dan sekubu dengannya. bahkan pepohonan dan bebatuan akan mendukung perjuangan mereka dan akan menunjukkkan tempat persembunyian musuh-musuhnya..


rujukkan: al-qardowi-generasi mendatang generasi yang menang

Rabu, 18 November 2009

MENCARI JALAN KEBAHAGIAAN

Kebahagian adalah tuntutan batin manusia. Tanpa rasa kebahagiaan, manusia akan gundah gulana dan hidup dalam keadaan tidak tenteram. Kehidupan yang bahagia bermakna manusia dapat menunaikan segala tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah, bersyukur atas setiap apa yang diberikan olehnya dan sentiasa mengharapkan pertolongan daripadanya.



Manusia yang sentiasa jiwanya ingat dan berzikir kepada Allah akan memperoleh rasa kebahagian yang mendalam. Ada sesetengah orang melihat kebahagaian dari segi zahir sahaja, kebahagian dianggap akan dapat diperolehi apabila kita memiliki kehidupan yang mewah, dan dilimpahi dengan harta, namun sebenarnya kebahagian hakiki yang yang diperlukan oleh setiap manusia bukanlah kekayaan lahiriah sebaliknya proses memenuhi tuntutan batin untuk mengabdi pada al-khaliq, merasai ni'mat iman dan hidup dalam penuh kesedaran.


Hal ini telah diperlihatkan sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam kehidupannya. Rasulullah sanggup meninggalkan kekayaan keluarganya, status kebangsawanannya semata-mata untuk memenuhi tuntutan tugas menyebarkan agama Allah, biarpun menempuhi kesengsaraan dari segi lahiriah, namun sebenarnya Rasulullah telah memperoleh kebahagiaan yang sejati yang diperlukan oleh setiap individu manusia. Rasullah sentiasa berada di bawah pemeliharan Allah. Ketinggian iman Rasullah membuatkan jiwanya tidak terusik pada harta dunia, yang menjadi impian Rasulullah adalah mendapatkan keredhaan Allah S.W.. 


(al-ghazali)

Jumaat, 6 November 2009

meniti hari-hari dimusim tengkujuh..


musim tengkujuh telah datang kembali, memang itulah kebiasaannya kerana bulan 8-12 merupakan musim tengkujuh di negeri-negeri pantai timur...semasa nukilan ini ditulis, di negeriku kelantan sudah 3-4 hari hujan turun tanpa henti dan menyebabkan 1000 orang lebih telah dipindahkan..dijangkakan hujan akan berterusan sehingga hari ahad ini dan ini berkemungkinan akan ada lebih ramai lagi yang akan dipindahkan..


bagiku semenjak hari pertama lagi hujan turun ia sudah menjadi ujian kepadaku..apa tidaknya, pergi kesekolah naik motor dalam keadaan hujan..sampai kesekolah basah-basah.cemburu pulak tengok orang lain naik kereta dengan selesa tanpa perlu bimbang akan basah..tapi hati ini dikuatkan dengan menganggap semua ini adalah ujian, dan bagi orang yang bersabar dengan ujiannya maka kejayaan didunia dan akhiratlah sebagai balasannya...


firman Allah "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." 2:155)


dugaan-dugaan sebegini bukanlah asing bagiku..dari kecil lagi sudah menempuhi ujian-ujian sebegini..semasa disekolah rendah, bila banjir ayahku menghantarku kesekolah menggunakan perahu, perahu dikemudikan melalui celah-celah pokok dan semak. seluar dan kasut sekolah dimasukkan kedalam plastik kerana dibimbangi akan basah..bila sampai berdekatan sekolah baru ku pakai seluar dan kasut tersebut.selepas banjir surut lagi perit kerana terpaksa jalan kaki kesekolah dalam keadaan jalan yang bechak, kasut dan seluar xboleh pakai sebab takut kotor, basikal xboleh naik jalan masih ada air..emm mmg dugaanlah masa kecik2 dulu..itu masa hari sekolah, kalau cuti pula, masa2 banjir rutin harianku ialah tahan pukat dan potong rumput bagi kt lembu2 ku..


mmg itu lah kerja2 ku masa ku diperingkat sekolah rendah..sekarang ku sudah dewasa, namun ujian tidak mengenal muda atau dewasa..bila ku dewasa ku tetap mengharungi ujian2 sedemikian bahkan yang lebih hebat lagi..aku ada dengar ustaz2 berceramah, Allah memberi ujian kepada hambanya mengikut tahap keimanan seseorang itu, makin tinggi keimanan seseorang itu makin kuatlah ujian2 yang akan dihadapinya...ya aku yakin dengan apa yang diajarkan kepadaku...setiap ujian aku perlu menghadapinnya dengan penuh keredhaan dan ketaqwaan..


firman allah "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (2:286)

Ahad, 18 Oktober 2009

GENERASI MENDATANG GENERASI YANG MENANG VOL:1

Generasi yang menang adalah generasi yang terdiri dari kaum muslimin dan muslimat

            Generasi yang menang adalag generasi yang terdiri daripada kaum muslimin dan muslimat, mu’minin dan mu’minat. Kaum wanita dalam islam adalah saudara kandung kaum lelaki. Begitu juga sebaliknya, hal ini yang dijelaskan oleh allah ta’ala:
                “…Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain….” (ali imran:195)


                Sejak adam ‘alaihissalam, wanita adalah sekutu bagi lelaki, sebagaimana firman allah kepada adam:
                "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini…” (al-baqarah:35)


                Hawa (isteri Adam) juga diberi tanggung jawab yang sama dengan diberikan kepada suaminya (Adam). Dalam firmannya dikatakan :


 “Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini..” (al-baqarah:35)


Siti Hawa mendapat pahala kalau berbuat jasa atau siksa kalau melakukan dosa sama seperti yang diberikan dan dikenakan Allah Ta’ala kepada suaminya (Adam) .


“…Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain….” (ali imran:195)


Ketika Allah Ta’ala mengutuskan rasulnya untuk menyebarkan dakwah, peranan kaum wanita sangat menonjol dalam memenangkan islam dan dalam menyebarluaskan dakwah. Siapa yang boleh melupakan sikap dan peranan khadijah binti khuwalid semasa permulaan islam? Siapa yang boleh melupakan sikap Sumayyah atau Ummu Ammar, wanita bahkan syahidah pertama yang tewas dalam islam, setelah ia mengalami penyeksaan kejam dan keji dari majikannya demi mempertahankan kalimah tauhid? Cubalah anda perhatikan pula bagaimana sikap Asma binti Abu Bakar yang juga digelari “ Dzatun Nithaqain” pada saat Rasulullah saw hendak pergi berhijrah? Bagaimana pula sikap Ummu Ammarah dan Nasibah dalam perang Hunain? Juga, bagaimana sikap para ummuhatul mu’minin selama hidup dan sesudah wafat Rasulullah Saw?


Pada waktu itu wanita islam yang berperanan layakknya sebagai ibu telah bertindak pula sebagai propagandis. Mereka menganjurkan anak-anaknya agar maju ke medan peperangan, berjihad menegakkan Kalimatullah. Mereka, sebagai isteri, juga bertindak mendorong suaminya untuk memenangkan peperangan atau merebut syahadah. Pada waktu itu kaum mu’minah tidak berpangku tangan. Mereka ikut aktif terjun ke medan juang bersama-sama anak dan suaminya berjihad fi sabi lillah!!.


Banyak pula wanita-wanita islam yang hafizh qur’an dan menjadi perawi hadis. Ilmunya mendalam sekali dalam agama. Mereka menyeru umat untuk membudayakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Bahkan ada antara mereka yang dengan berani menegur Amirul Mu’minin yang sedang berkhotbah diatas mimbarbdi hadapan tokoh an masyarakat islam yang lainnya.


Jelaslah, wanita islam, baik sebagai peribadi, sebagai isteri maupun sebagai ibu merupakan anggota masyarakat yang hidup dan aktif. Hal ini sesuai dengan yang dilukiskan al-quranul karim:


Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”(at-taubah:71)


Kerana itulah maka tidak menghairankan bila sampai sekarangpun wanita-wanita muslimah banyak yang berperanan seperti dulu. Mereka aktif di bidang dakwah dan di bidang tajdid. Mereka juga tidak tercicir dalam gerakan reformasi. Mereka bekerja keras membersihkan dirinya dan aktif berdakwah ditengah-tengah saudari-saudari sejenisnya. Peranan dan kehadirannya dalam lapangan keislaman pun sungguh besar. Banyak kaum muslimah yang mendukung dakwah suaminya atau memberikan semangat juang kepada putera-puterinya untuk mengembangkan amal soleh tanpa jemu.

Jumaat, 16 Oktober 2009

HIPOKRIT KERANA SEMBAHYANG...???

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH..


hipokrit kerana sembahyang? saya hairan mendengar kata-kata seorang ustaz yang memberi kuliah maghrib secara mingguan...kenapa ya ustaz tu boleh berkata sedemikian? walhal sembahyang itu fardhu dan wajib dilakukan oleh orang islam....tapi ustaz tu kata jadi hipokrit kerana sembahyang...bingun jugak saya seketika....


sebelum ni, saya biasa dengar hipokrit tu pada golongan wanita je....macam-macam alasan mereka untuk tidak mahu hipokrit...antaranya tidak mahu pakai jubah,pakai tudung labuh, buat-buat baik dan macam-macam lagi lah...katanya mahu jadi diri sendiri yang sebenar, tidak mahu jadi hipokrit, berselindung di sebalik jubah dan tudung labuh...entah apa-apa lagilah...


berbalik kepada isu, kenapa boleh terjadi hipokrit kerana sembahyang? jawapannya mudah sahaja.. kita melaksanakan suruhan allah agar mengerjakan sembahyang, masa sembahyang, perangai kita cukup baik, tidak bercakap, mengumpat, tidak melakukan ma'siat kepada allah bahkan semasa sembahyang kita semua berpuasa dan lidah pula tidak lekang dengan memuji-muji allah..


namun persoalannya adakah perbuatan-perbuatan baik itu kita juga amalkan selepas solat? didalam solat kita tidak mengumpat, mengata orang, dan bercakap benda-benda yang lagha tapi diluar bila selesai je solat kita ambil balik apa yang kita tinggalkan sebelum kita solat. hal yang demikian lah dikatakan hipokrit.....


sepatutnya apa yang kita amalkan dalam solat kita juga aplikasikan diluar solat..sekiranya hal sedemikain diamalkan nescaya solat kita akan dapat mencegah dari segala kemungkaran sebagaimana firman allah..


 وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
"dan kerjakanlah solat, sesungguhnya solat dapat mencegah daripada perkara-perkara fahsya' dan mungkar"




walaupun kita boleh termasuk dalam golongan hipokrit kerana mengarjakan solat, adakah kita boleh meninggalkan solat untuk mengelakkan dari yang sedemikian? ....tidak..solat tetap solat, solat wajib dilaksankan, tidak timbul soal ikhlas atau tidak..solat itu fardu, fardhu yang wajib dikerjakan oleh semua yang mukallaf tidak kira dalam keadaan yang mana sekalipun..samaada yang sakit, yang musafir, dan yang sihat semuanya tidak boleh meninggalkn solat..


begitu juga dengan isu, segolongan wanita yang tidak mahu memakai jubah, memakai pakaian labuh kerana beranggapan mereka akan menjadi hipokrit sekiranya melakukan sedemikian....sedarkah apa yang mereka perkatakan itu? tidakkah mereka juga mengistiharkan diri mereka bukan dari golongan yang baik-baik? 


saudari-saudariku, 
sedarlah..memakai pakaian yang mengikut kehendak islam itu wajib, tidak timbul soal ikhlas, tidak timbul soal hipokrit...walaupun kita tidak ikhlas, kita tetap juga wajib memakai apa yang telah digariskan oleh syariat untuk kita..


kesimpulannya....ikhlaslah dalam amal ibadat kita seharian, kerana ikhlaslah yang akan menentukan kita mendapat ganjaran atas apa yang kita lakukan atau tidak.. tidakkah kita merasa rugi sekiranya kita tidak diberikan apa-apa ganjaran diatas apa yang telah kita lakukan? 


tunaikanlah solat dengan seikhlasnya, bukan kerana sudah menjadi kebiasaan, bukan kerana malu  kepada orang lain dan macam-macam lagi...janganlah kita termasuk dalam golongan yang sembahyang tetapi dihumbangkan kedalam neraka wail kerana tidak khusyu' sewaktu  mengerjakannya..na'uzubillah min zalik..




والله اعلم

Rabu, 30 September 2009

Memanfaatkan masa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

syukur kepada Allah ta'ala kerana telah memberi ni'mat kesihatan, masa dan pelbagai ni'mat lagi yang tidak terhitung hendaknya.."sekiranya kamu menghitung ni'mat yang Allah telah berikan kepada kamu nesacaya kamu tidak akan terhitung"


alhamdulillah kerana pada kali ini saya berpeluang untuk meluangkan masa dan menggerakkan jari-jemari dalam melakarkan sedikit coretan yang sederhana ini...sudah lama saya tidak berpeluang untuk mencoreng apa-apa yang patut pada halaman blog ini..alma'lumlah, sibuk memanjang..sibuk dengan urusan pribadi, kerja dan sebagainya..namun kalau dikira sal kerja sampai bila pun tidak akan habis,habis kerja hari ni, esok ada kerja yang lain pulak.. sal kerja ni macam-macam boleh dibuat, merancang aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan esok hari lebih-lebih lagi bagi yang menceburi profesion perguruan macam saya ni, bertani, membaca buku-buku agama, dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang bermanfaat...pribahasa melayu mengatakan "masa itu emas" dan pepatah arab pula mengatakan "masa itu ibarat pedang sekiranya kamu tidak memotongnya dia akan memotong kamu".


berbicara soal masa teringat saya pada satu buku karangan dr. aidh abdullah al-qarni, buku yang begitu famous (sangat dikenali) pada masa ini yang diberi judul "la tahzan" . dalam buku tersebut ada menjelaskan bahawa masa terbahagi kepada 3 iaitu 1.masa yang sudah berlalu yang tidak dapat dikembalikan, 2. masa yang mendatang yang belum tentu sama ada kita dapat mengecapi atau tidak, 3. masa yang sedang dini'mati maka pergunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya..dalam buku tersebut ada menjelaskan bahawa masa yang berlalu tidak perlu dikenangi/diingat, mengingati masa-masa yang lalu umpama orang gila, ini kerana masa yang berlalu tidak dapat diulangi.


kemaskini....