Isnin, 15 Februari 2010

kahwin oh kahwin



"ustaz, ustaz sibuk ke? kalau xsibuk nak tanya benda sikit ni", sapa sorang cikgu lelaki, x sibuk, baru habis kelas, kenapa tu? jawabku. masuk lah dulu, ada benda nak tanya sikit ni. ku terus maju ke mejanya dan duduk dekat cikgu tu, ada apa ya? tanya ku. "macam ni ustaz, ada orang berkenan kt ustaz, lama dah saya nak tanya sal ni tapi xberkesempatan. Saya pun orang mintak tolong tanya ustaz, kalau ustaz xde lagi dan rasa boleh terima saya nak bagi no telefon dia lah, pastu ustaz kenal-kenal lah, saya berani tanya ustaz ni p sebab saya tengok ustaz pun satu aliran, biasa pergi kuliah pagi jumaat". Serius je cikgu tu. Aku pun bila dengar macam tu jantung ni rasa macam nak jatuh je, hati terasa sebak, walaupun dalam keadaan sedemikian aku masih lagi sempat ketawa, biasalah orang lelaki, mana boleh tunjuk kelemahan diri sendiri..he 3x..


Aku senyap seketika sambil memikir jawapan apa yang patut di beri. "emm macam ni cikgu, saya ni kalau sal kahwin-kahwin ni buat masa sekarang ni saya slow dulu..kalau ikut nak kahwin memang nak kahwin, tapi saya kena selesaikan dua-tiga perkara dulu" (dua tiga perkara?) he 3x..yang ni pun xleh cerita..kalau cerita sebak plak..orang laki mana boleh sebak..he 3x..cikgu tu ok je, sambil tersenyum, "ok xpe, xde masalah, saya pun hanya menyampaikan hajat orang, xpe lah lepas ni saya bagitau macam tu lah kat orang tu" jawab cikgu tu..."saya mintak maaf banyak-banyak lah cikgu, bukan bermaksud untuk menolak, tapi sebab ada benda yang saya perlu selesaikan dulu, jadi cikgu faham-faham je lah"..


Sebenarnya dua tiga perkara tu aku sendiri xtahu bila akan selesai. Rasanya selagi mana mak ayah n adik-adik bergantung harap dengan ku, selagi tu lah perkara tu xkan selesai. soal kahwin aku xkisah kahwin lewat asalkan aku dapat memberi khidmat kepada keluarga yang dah sedia ada, iaitu keluarga yang mana aku membesar didalamnya. 

Sabtu, 16 Januari 2010

3 Golongan Yang Menjadi Ahli Syurga

Hadis :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”.
Riwayat Muslim


Huraian :
Tiga golongan yang menjadi ahli syurga ialah:


1. Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya.


2. Orang yang mempunyai sifat kasih sayang serta berlemah lembut khususnya kepada ahli keluarga dan umumnya kepada sesama Islam.


3. Seseorang yang tabah dan cekal menghadapi kesusahan hidup tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.


SUMBER:- dakwah2u.blogspot.com

Jumaat, 15 Januari 2010

Kenderaan dunia VS kenderaan akhirat

Semenjak dua menjak ni, dalam kepala asyik bermain sal kereta apa nak pakai..nak beli kereta baru ke kereta terpakai, nak beli yang import ke atau yang tempatan sahaja.kalau kereta baru xnak tambah beban sebab sebelum ni dah buat pinjaman pribadi, dan katakanlah nak ambik yang baru jugak, xnak yang tempatan sebab almaklum sajalah kereta tempatan ni pakai lima enam tahun dah xlarat nak jaga, kena repair sana, repair sini..Bukan nak perlekehkan kereta tempatan. Bercakap atas dasar pengalaman kawan-kawan.


Kalau keta baru import plak, satu macam jugak, yang paling murah pun dalam sekitar rm70k. Maknanya bulan-bulan kena bayar dalam sekitar rm600-800, kalau bayar downpayment tinggi maka rendahlah bulanannya. Kalau yang peribadi dah kena settle bulan-bulan rm500 pastu campur pinjaman ptptn dalam rm150 pastu nak campur dengan pinjaman kereta baru pulak arround rm700 dah berapa tu???alamatnya kena ikat perut lah selama 10 tahun..


Kalau kereta terpakai pulak, nak beli yang tempatan, kawan dah nasihat awal-awal jangan beli yang tempatan sebab xtahan kena repair sana-sini, kalau yang import secondhand p harga bukan main jugak, pastu kalau nak beli yang import xkan nak bayar ansuran jugak? bayar cash kereta zaman mana entah yang mampu aku bayar cash? mungkin zaman bawah tahun 95 kot,,boleh tahan ke kereta zaman tu?


Pening-pening fikir sal kereta, xnak pakai kena pakai. kat sekolah aku sorang je yang naik moto ke sekolah. Sebenarnya aku xkisahnya naik moto ni, sbb ada kereta p kalau nak pergi sekolah kena naik moto jugak sebab nak redah jalan jem pagi-pagi bukan senang. Cuma yang jadi penting kereta ni bila hari hujan, ha masa tu lah baru rasa pentingnya kereta ni.


Dalam berfikir-fikir sal kereta apa nak pakai, terlitas pulak dalam kepala ni macam mana pulak dengan kenderaan masa akhirat nanti, masa nak melalui titian siratul mustaqim nanti. Kenderaan apa ya yang akan ku naiki? adakah aku hanya akan berjalan kaki, berkuda atau berjalan menggunakan muka? kenderaan yang berapa cc yang patut aku pilih untuk untuk melintasi titian siratul mustaqim yang berbahaya tu? 1000 cc 2000 cc 3000 cc atau yang puluh-puluh ribu cc kalau ada?adakah kenderaan tu berkuasa kuda, atau yang ada kuasa sehingga hanya dengan sekelip mata sudah samapi ke destinasinya.


"Maka apakah orang yang berjalan terjungkal di atas mukanya itu lebih banyak mendapatkan petunjuk ataukah orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus?" (al-mulk:22)


Sesungguhnya benarlah firman Allah bahawa



"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka*. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (al-an'am:32)  




*Maksudnya: kesenangan-kesenangan duniawi itu hanya sebentar dan tidak kekal. Janganlah orang terperdaya dengan kesenangan-kesenangan dunia, serta lalai dari memperhatikan urusan akhirat. 





Dalam mengharungi kehidupan dunia ini, seharusnya kehidupan akhirat tidak di lupakan. Begitulah juga perihal kenderaan dunia ni, dalam kita meyibukkan dalam hal kenderaan apa yang patut kita pilih untuk kesenangan di dunia sewajarnya kita juga tidak melupakan untuk memilih kenderaan apa yang akan kita naiki untuk melepasi lembah api yang berbahaya itu.


Kalau kenderaan dunia, nak beli yang ada class n selesa yang paling penting kena ada duit, kalau kenderaan akhirat pulak apa yang peting untuk mendapatkan kenderaan yang ada class n selesa kena ada pahala.

Rabu, 23 Disember 2009

BAGAIMANA MELAYARI INTERNET DENGAN KEBERSAMAAN ALLAH

Dr Fathi Yakan adalah seorang ulamak dan pendakwah yang dikenali. Beliau adalah antara pelopor pergerakan Islam dalam tahun 50-an, berkelulusan PhD dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Dr Fathi Yakan telah mengarang lebih dari 35 buah buku, sebahagian besarnya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.


Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.

Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.

Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:

Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.
(an Nisa’ 165)

Dan firman maksudnya:
dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.
(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: “biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya”.

Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.
Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.

Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata.

Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.

Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.

Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.
Merialisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya.

Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat.

Kemudian dengan memelihara keberterusan “muraqabah” dan “muhasabah” serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.
(hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini.. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.

http://komik.dakwah.info/ 


Selasa, 15 Disember 2009

GENERASI MENDATANG GENERASI YANG MENANG VOL.2

Generasi Yang Menang Generasi Yang Suka Membaca Al-Quran Dan Mempelajari As-Sunnah


Orang yang membuka kitab suci Al-Quranul Karim dan memahami surah Al-Fatihah sudah boleh membayangkan wajah mereka. orang-orang yang dimenangkan Allah itu diperlihatkan sedang mendaki jenjang para salikin dan melintasi kedudukan para sairin menuju maqamat idea. Firman Allah :
"Hanya engkau lah yang kami sembah dan hanya engkau lah yang kami memohon pertolongan" (Al-Fatihah:5)


Mereka adalah ahli tauhid yang sebenarnya dan ahli ibadat yang semata-mata hanya kepada Allah. Hanya kepada Allah lah mereka meminta pertolongan. Mereka juga tidak mau mengabdikan diri kepada selain nya. Hanya kepada Allah lah mereka bertawakkal dan kepada Allah lah mereka menyampaikan keluh-kesahnya 


Harapan terbesarnya hanya mahu dimohon kepadanya dan diharapkan dari belas kasihannya. Mereka selalu bermohon agar diberi hidayah "shirotol mustaqim", yakni jalan yang lurus yang pernah diberikan kepada orang-orang yang terdahulu (kepada para nabi, shiddikin, syuhada dan shalihin). Dalam doanya sekali gus juga dia bermohon agar dijauhkan dari orang-orang yang dibencinya dan dari jalan yang ditempuh orang-orang yang sesat. Jalan itu tentu saja sudah berbeza dari jalan mereka yang lurus. Dengan kurnia hidayahnya mereka menemukan "shirotol mustaqim". Kerana itu dengan sendirinya mereka sudah dibebani kewajiban dan memisahkan diri dari jalan yang ditempuh calon penghuni neraka.


Rasulullah Saw melihat mereka sebagai Al Firaqah Annajiyah, sebagai kelompok yang selamat di antara 73 kelompok yang celaka. Mereka itulah orang-orang yang tidak dikendalikan hawa nafsu, seperti halnya anjing dengan pemiliknya. Mereka tidak keluar dari Ad Diennya seperti anak panah keluar meninggalkan busurnya. Mereka adalah orang-orang yang berpegang teguh dengan apa yang yang dipegang Rasulullah Saw dan pasa sahabat.


Rasulullah Saw melihat mereka sebagai pewaris yang berkeadilan. mereka menerima warisan dan amanat nubuah. Sebagaimana halnya seorang da'ie yang sedar dan bertanggungjawab. Mereka melihara amanatnya dengan baik, bukan seperti orang-orang yang diberi amanat kitab taurat, dan bukan pula seperti orang-orang yang memperoleh ayat-ayat Allah, kemudian mereka tidak menunaikannya. firman Allah: 
"seperti seekor keldai yang dibebani membawa kitab-kitab" (aljumaah:5)


Kelompok yang menang adalah mereka yang mempertahankan warisannya agar tetap asli, murni dan seimbang. Mereka sentiasa memelihara mewarisan itu dengan baik. mereka menjauhkannya dari orang-orang yang taklid (fanatik) buta, dari para penganut yang merusak dan dari penafsiran orang-orang jahil.


Rasulullah Saw memndang mereka sebagai "saudara rasullah" yang dilahirkan pada akhir zaman, sementara yang bersama dinyatakan sebagai sahabat-sahabatnya. Rasulullah Saw selalu merasa rindu kepada mereka sebelum mereka diciptakan dan beliau ingin sekali melihat wajah mereka sebelum mereka dilahirkan.


Dalam satu hadith dihuraikan bahawa Rasulullah Saw bersabda:-
" aku ingin sekali melihat wajah saudara-saudaraku. para sahabat lantas bertanya dengan penuh  kehairanan kepada beliau, bukankah kami saudara-saudaramu, ya Rasulullah? Rasullah Saw menjawab , kalian adalah sahabat-sahabatku. sedangkan saudara-saudaraku yang lain adalah suatu kaum yang akan datang kelak!"


 Rasulullah Saw melihat mereka sebagai Al-Ghuraba, (orang-orang asing). Mereka itulah yang senang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah yang telah dimatikan orang. Mereka juga memperbaiki apa-apa yang telah dirusak orang.


Rasulullah Saw melihat mereka sebagai makhluk yang paling menakjubkan imannya. Mereka beriman kepada Rasulullah Saw, padahal mereka tidak melihatnya. Mereka beriman dengan kitabnya dan menerapkan apa yang termaktub didalam kehidupan sehari-hari.


Rasulullah Saw melihat mereka sebagai orang-orang yang berpegang teguh kepada Ad-Dien, terutama pada waktu bergolakknya fitnah diantara orang-orang yang menghilangkannya. Meskipun nasib mereka seperti orang yang memegang bara namun mereka aktif pada hari-hari mencekam itu. maka tidak hairan lah bila mereka mendapatkan imbalan ilmu puluhan kali lipat ganda daripada imbalan karya-karya yang aktif pada waktu itu.


Rasulullah Saw melihat mereka sebagai kelompok yang berpegang teguh pada kebenaran, walaupun mereka berada diantara para perusak yang menyeru orang ramai membudayakan ajaran bid'ah. Mereka menganut jalan tengah, antara golongan yang bertindak luar batas dan yang kekurangan. Mereka adalah orang-orang yang memperoleh hidayah ke jalan yang lurus, antara golongan  yang dibenci dan golongan yang sesat.


Rasulullah Saw melihat mereka sebagai kelompok yang menang. dunia kelak akan berpihak kepada mereka dan sekubu dengannya. bahkan pepohonan dan bebatuan akan mendukung perjuangan mereka dan akan menunjukkkan tempat persembunyian musuh-musuhnya..


rujukkan: al-qardowi-generasi mendatang generasi yang menang

Rabu, 18 November 2009

MENCARI JALAN KEBAHAGIAAN

Kebahagian adalah tuntutan batin manusia. Tanpa rasa kebahagiaan, manusia akan gundah gulana dan hidup dalam keadaan tidak tenteram. Kehidupan yang bahagia bermakna manusia dapat menunaikan segala tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah, bersyukur atas setiap apa yang diberikan olehnya dan sentiasa mengharapkan pertolongan daripadanya.



Manusia yang sentiasa jiwanya ingat dan berzikir kepada Allah akan memperoleh rasa kebahagian yang mendalam. Ada sesetengah orang melihat kebahagaian dari segi zahir sahaja, kebahagian dianggap akan dapat diperolehi apabila kita memiliki kehidupan yang mewah, dan dilimpahi dengan harta, namun sebenarnya kebahagian hakiki yang yang diperlukan oleh setiap manusia bukanlah kekayaan lahiriah sebaliknya proses memenuhi tuntutan batin untuk mengabdi pada al-khaliq, merasai ni'mat iman dan hidup dalam penuh kesedaran.


Hal ini telah diperlihatkan sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam kehidupannya. Rasulullah sanggup meninggalkan kekayaan keluarganya, status kebangsawanannya semata-mata untuk memenuhi tuntutan tugas menyebarkan agama Allah, biarpun menempuhi kesengsaraan dari segi lahiriah, namun sebenarnya Rasulullah telah memperoleh kebahagiaan yang sejati yang diperlukan oleh setiap individu manusia. Rasullah sentiasa berada di bawah pemeliharan Allah. Ketinggian iman Rasullah membuatkan jiwanya tidak terusik pada harta dunia, yang menjadi impian Rasulullah adalah mendapatkan keredhaan Allah S.W.. 


(al-ghazali)

Jumaat, 6 November 2009

meniti hari-hari dimusim tengkujuh..


musim tengkujuh telah datang kembali, memang itulah kebiasaannya kerana bulan 8-12 merupakan musim tengkujuh di negeri-negeri pantai timur...semasa nukilan ini ditulis, di negeriku kelantan sudah 3-4 hari hujan turun tanpa henti dan menyebabkan 1000 orang lebih telah dipindahkan..dijangkakan hujan akan berterusan sehingga hari ahad ini dan ini berkemungkinan akan ada lebih ramai lagi yang akan dipindahkan..


bagiku semenjak hari pertama lagi hujan turun ia sudah menjadi ujian kepadaku..apa tidaknya, pergi kesekolah naik motor dalam keadaan hujan..sampai kesekolah basah-basah.cemburu pulak tengok orang lain naik kereta dengan selesa tanpa perlu bimbang akan basah..tapi hati ini dikuatkan dengan menganggap semua ini adalah ujian, dan bagi orang yang bersabar dengan ujiannya maka kejayaan didunia dan akhiratlah sebagai balasannya...


firman Allah "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." 2:155)


dugaan-dugaan sebegini bukanlah asing bagiku..dari kecil lagi sudah menempuhi ujian-ujian sebegini..semasa disekolah rendah, bila banjir ayahku menghantarku kesekolah menggunakan perahu, perahu dikemudikan melalui celah-celah pokok dan semak. seluar dan kasut sekolah dimasukkan kedalam plastik kerana dibimbangi akan basah..bila sampai berdekatan sekolah baru ku pakai seluar dan kasut tersebut.selepas banjir surut lagi perit kerana terpaksa jalan kaki kesekolah dalam keadaan jalan yang bechak, kasut dan seluar xboleh pakai sebab takut kotor, basikal xboleh naik jalan masih ada air..emm mmg dugaanlah masa kecik2 dulu..itu masa hari sekolah, kalau cuti pula, masa2 banjir rutin harianku ialah tahan pukat dan potong rumput bagi kt lembu2 ku..


mmg itu lah kerja2 ku masa ku diperingkat sekolah rendah..sekarang ku sudah dewasa, namun ujian tidak mengenal muda atau dewasa..bila ku dewasa ku tetap mengharungi ujian2 sedemikian bahkan yang lebih hebat lagi..aku ada dengar ustaz2 berceramah, Allah memberi ujian kepada hambanya mengikut tahap keimanan seseorang itu, makin tinggi keimanan seseorang itu makin kuatlah ujian2 yang akan dihadapinya...ya aku yakin dengan apa yang diajarkan kepadaku...setiap ujian aku perlu menghadapinnya dengan penuh keredhaan dan ketaqwaan..


firman allah "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (2:286)