Khamis, 22 Julai 2010

Tahlil Arwah

Alhamdulillah seharian suntuk menyibukkan diri dengan kerja-kerja akhirnya sampai juga waktu malam yang dijadikan oleh Allah untuk hambanya berehat. Malam jugalah Allah jadikan untuk hamba-hambanya bertafakkur, mengadu segala kepayahan di dunia kepadanya serta malam juga lah yang Allah jadikan untuk hambanya supaya dapat beribadat dengan penuh selesa tanpa memikirkan hal ehwal dunia yang ditinggalkan pada sian harinya..


Bagiku malam lah masaku meringankan beban yang dipikul pada siang harinya, pada siang harinya terpaksa memikul pelbagai kerenah-kerenah anak murid yang pelbagai macam ragam. Pada malam hari pula, aku akan meninggalkan semua urusan pada siang harinya dan mengisi dengan menghadiri kuliah-kuliah maghrib tidak kira dimana jua asalkan dapat menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat..Pendek kata, siang hari aku menjadi guru, malam hari pula aku menjadi murid..


Namun malam jumaat sebegini, di masjid-masjid jarang diadakan kuliah, kebanyakkannya di isi dengan bacaan yaasin dan tahlil. Malam tadi macam biasa aku pergi ke masjid mukimku untuk solat isyak berjamaah, seperti yang dijangka kalau pergi masjid kemungkinan besar mesti disuruh menjadi imam kerana imam masjid tidak hadir..tok imam berkemungkinan ada urusan lain.


Dimasjidku, tok imam hanya seorang sahaja...imam muda, manakala imam tua masih kosong, dan belum di isi semenjak kematian penyandangnya yang juga bapa saudaraku. Ada juga ahli mukim yang memohon untuk jadi imam tua tapi di sebabkan banyak kerenah birokrasinya sampai sekarang belum dapat keputusan lagi..


Sampai dimasjid, kemudian solat sunat tahiyyatul masjid, selesai sahaja solat sunat, kedengaran azan yang di laungkan oleh pok kod yang sukerela mengazankan azan isyak memandangkan tok bilal masjid tidak hadir. Dengan kedengaran azan menandakan masuknya waktu isyak. Para jemaah yang sebelem ini bertaburan di tepi-tepi masjid perlahan-lahan masuk ke masjid dan menunaikan solat sunat isyak qobliyyah. jauh berbeza ketika zaman nabi dulu, bila kedengaran azan sahaja, para sahabat berlari-lari serta berlumba-lumba masuk ke masjid untuk solat, bahkan ada sahabat-sahabat yang menunggu dari awal lagi untuk solat berjamaah.


Aku diminta untuk mengimami solat isyak, aku keberatan untuk memenuhi permintaan tersebut kerana aku sedar siapalah aku, aku lebih suka orang yang lebih tua dariku mengimami solat. Namun disebebkan para jamaah lain juga keberatan untuk naik kedepan maka aku terpaksa memenuhi permintaan ahli jamaah. Aku juga diminta untuk mengepalai majlis tahlil untuk seorang keluarga ahli jamaah yang baru meninggal dunia..semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya.


Dimasjid sahaja ada dua pelawaan untuk majlis tahlil arwah, kat rumahku sendiri juga ada dua tempat majlis tahlil arwah, dua-dua jiranku. namun kena selesaikan di masjid dahulu..Selepas tahlil dimasjid segera ke majlis tahlil dekat rumahku..Alhamdulillah majlis tahlil tu dah pun dimulakan...Rasa lega juga kerana tidak perlu mengepalai majlis tahlil tu..tidak ramai yang hadir majlis tu, mungkin sebab hujan atau mungkin juga sebab pergi ke majlis tahlil yang satu lagi. namun Alhamdulillah walaupun xramai, dalam lingkungan 15-20orang, yang hadir itu adalah dari kalangan-kalangan kaki surau. Insyaallah dengan bacaan dan doa-doa kaki-kaki surau ini akan diterima oleh Allah s.w.t seterusnya dapat meringankan azab si mati.


Sekian untuk celoteh malam jumaat..wassalam

0 ulasan: