Ahad, 26 Disember 2010

Antara cinta dan penimbaan ilmu

Sumber: Harian Metro

LEBIH BERMANFAAT...daripada menjalin hubungan yang tidak pasti, apa kata gunakan masa sedia ada untuk menambah kenalan.
LEBIH BERMANFAAT...daripada menjalin hubungan yang tidak pasti, apa kata gunakan masa sedia ada untuk menambah kenalan.
BUDAYA berpacaran kian menjadi amalan kebanyakan mahasiswa sebaik saja bergelar warga kampus hingga menimbulkan keresahan masyarakat.
Kebimbangan itu cukup berasas kerana ia bukan saja mampu mencetuskan fenomena gejala sosial tidak terkawal, malah dikhuatiri boleh menyebabkan mahasiswa tergelincir daripada tujuan asal menjejakkan kaki ke menara gading.

Sudahnya, terkandas dalam peperiksaan, emosi terganggu, pembaziran masa dan wang selain potensi dibuang daripada universiti juga ada.

Meskipun sudah tahu risikonya, mahasiswa masih menganggap budaya itu satu kemestian, jika tidak pasti bingit telinga disindir rakan seperjuangan dengan panggilan ‘surat khabar lama’.



Masyarakat pasti tertanya-tanya penting benarkah budaya ini hingga mahasiswa ‘mengagung�kannya’ atau hanya terikut-ikut kerana tidak sanggup dicop ‘tidak laku’?



Bagaimana pula kesannya terhadap mahasiswa, bolehkah membantu mereka mencipta kejayaan dengan dorongan sang kekasih atau sebaliknya?

Penolong Profesor Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata sukar menangkis penularan budaya berpacaran di kalangan mahasiswa kerana sudah menganggapnya sebagai satu kemestian sebaik saja menjejakkan kaki ke menara gading.

Menurutnya, penularan budaya itu sukar dikawal kerana mahasiswa menjadikannya sebagai budaya hidup dengan memberi alasan tertentu supaya diterima masyarakat.

“Disebabkan alasan itulah, budaya ini semakin berkembang dan sukar dihapuskan. Meskipun tahu natijahnya, mereka tidak kisah kerana beranggapan ia satu kemestian dan perlu dilakukan.

“Jika tidak, mereka pastinya disindir atau ditempelak sedangkan banyak lagi tanggungjawab utama perlu dilaksanakan, bukannya sibuk mencari pasangan atau melayan angan - angan yang belum pasti.

“Malangnya itulah yang menjadi keutamaan mahasiswa hari ini hingga menimbulkan kebimbangan bukan saja ibu bapa, tetapi masyarakat yang kadang kala sakit mata melihat aksi kurang sopan mereka di khalayak ramai,” katanya.

Persoalanya mengapa budaya yang tidak digemari masyarakat ini menjadi keutamaan sebahagian besar warga kampus?

Beliau berkata budaya berkenaan sudah dianggap sinonim sebagai lambang kebebasan remaja mencorakkan masa depan tanpa kongkongan ibu bapa apatah lagi kejayaan menjejakkan kaki di menara gading sudah dianggap mampu berfikiran matang.

Atas kepercayaan itu mahasiswa bagaikan berlumba-lumba mencari pasangan bagi membuktikan mereka sudah dewasa selain sudah tiba masanya belajar berdikari dan membuat keputusan.

Terpilih melanjutkan pengajian di menara gading bermakna mereka sudah melangkah ke frasa dewasa, justeru, naluri untuk saling menyayangi timbul meskipun masanya tidak sesuai.

“Pada masa sama, mahu membuktikan mereka ‘laku’, ada peminat serta mampu menarik perhatian rakan berlainan jantina untuk menjalin hubungan ke peringkat serius.

“Ini tidak seharusnya berlaku kerana mahasiswa perlu meletakkan kepentingan utama iaitu menuntut ilmu dan menghabiskan pengajian, bukannya mencari pasangan sekali gus menjalin hubungan terlarang,” katanya sambil menegaskan budaya itu mampu membuat seseorang berisiko terbabit dalam pelbagai masalah luar jangkaan.

“Bayangkan jika pasangan mahasiswa itu bergaduh sedangkan esok ada peperiksaan. Emosi akan terganggu, tidak dapat belajar, sekali gus berdepan risiko gagal dalam pengajian,” kata Dr Mastura.

Tidak nampak faedah mempertahankan atau mementingkan budaya itu kerana jelas mengundang keburukan. Mungkin ada beranggapan diri kuat berdepan cabaran, malangnya aspek membabitkan emosi sukar dikawal.

Ditanya adakah budaya itu mampu menyumbang kepada peningkatan masalah sosial, beliau tidak menafikan malah menganggapnya antara penyumbang terbesar kerana didorong perasaan sayang luar biasa.

“Kebanyakannya masih muda dan terlalu hijau mengenai selok-belok kehidupan. Apabila disogokkan dengan pelbagai pengalaman dan cerita mengenai keseronokan dunia percintaan, mereka yang naif mudah terjebak.

“Meskipun ada mengaku hubungan itu dijalinkan atas paksi ‘bersih’, masih sukar menolak godaan nafsu. Maruah diri tergadai, masa depan juga hancur gara-gara budaya ini,” katanya.

Beliau menyarankan mahasiswa supaya memperteguhkan emosi dan diri untuk lebih fokus kepada pengajian.

“Tidak dinafikan, isu membabitkan perasaan sangat subjektif, tapi mahasiswa perlu kuat dan mempunyai pendirian. Fokus pada tujuan utama dan jangan mudah terpengaruh dengan kejutan budaya.

“Menara gading tempat membina kejayaan hidup masa depan jangan persiakan peluang dengan terjebak kepada perkara merugikan selain tidak perlu terburu-buru memberi komitmen pada pasangan saja.

“Gunakan zaman remaja dengan melakukan perkara berfaedah. Apabila tamat pengajian dan memperoleh pekerjaan, itulah masanya paling sesuai mencari pasangan hidup secara sah,” katanya.

Sabtu, 18 Disember 2010

Amalan Soleh Sumber Kekuatan Peribadi

email: feryco.com
DUNIA tanpa sempadan membenarkan kita menembusi setiap ceruk kehidupan manusia tanpa dapat dikawal undang-undang. Hanya peribadi salih boleh menghalang perbuatan maksiat kepada Allah seperti tidak amanah, tidak bertanggungjawab ataupun tidak menghormati hak orang lain.

Pembentukan dan pengembangan peribadi Muslim yang dikehendaki Allah dan disebut dalam al-Quran ialah sahsiah salih dari segi tutur kata dan perbuatan. Al-Quran menggariskan prinsip sama sejak mula diikuti oleh umat Islam.

Umat Islam perlu membina peribadi teguh dalam dunia tanpa sempadan ini. Jika tidak, mereka akan ketinggalan dalam soal agama, akhlak dan kepemimpinan. Ada bimbingan yang kita harapkan daripada orang yang arif dalam apa juga bidang.

Untuk membina personaliti Muslim dihormati ialah dengan akidah yang bersih. Muslim perlu mempunyai ikatan kuat dengan Allah supaya mereka percaya kepada qada dan qadar serta dunia selepas kiamat.
Muslim juga akan yakin dan cekal dengan ujian Allah jika mereka mempunyai akidah yang bersih serta bersedia menghadapi cabaran mendatang. Semua ini dapat dicapai melalui hubungan rapat dengan Allah melalui ibadat hakiki yang dilaksanakan.

Beza kehambaan kepada Pencipta bukan diukur dengan pakaian buruk dan jalan tunduk, tetapi keikhlasan beribadah serta tidak berbangga melakukan perbuatan baik atau mempunyai niat sebaliknya.
Peribadi salih termasuk juga kekuatan fizikal yang memungkinkan umat Islam menjalankan ibadah dan perintah Allah dengan sempurna tanpa bergantung kepada pertolongan orang. Kesihatan yang baik, memungkinkan umat Islam memenuhi amanah dengan baik.

Peribadi Muslim juga perlu kepada cara berfikir yang intelek. Antara sifat Rasulullah ialah cerdas dan tangkas membuat keputusan disebabkan keintelektualan Baginda yang tinggi. Jika direnungkan, setiap apa akan dilakukan, diperkatakan atau diam sekalipun, ia bermula dengan berfikir. Sebab itu individu Muslim cemerlang ialah yang bijaksana dan bertimbang rasa.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah: Samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.”
Satu aspek lain tidak kurang pentingnya dalam membina peribadi seorang Islam ialah mesti berjuang memerangi hawa nafsu yang jahat. Sebagai manusia, kita mempunyai kecenderungan terjebak hasutan nafsu dan daya juang tinggi membolehkan kita melawan daripada melakukan maksiat.

Setiap Muslim juga perlu memastikan peribadi mereka terjaga dengan menepati masa dan tidak membazirkan masa. Allah banyak mengingatkan manusia supaya menjaga masa 24 jam yang diperuntukkan sehari semalam.

Muslim juga perlu berdisiplin dan profesional selain tekun, bijak berinteraksi, berintegriti dan amanah. Umat Islam sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada bangsa lain kerana Islam adalah agama sempurna yang mendidik umatnya ke arah kebaikan.

Muslim harus mempunyai kuasa supaya peribadi mereka tidak terhalang oleh penafian atau doktrin kuasa lain yang membantutkan kegemilangan tamadun Islam dikecapi berabad lalu.
Akhirnya, setiap Muslim mesti memastikan dirinya bermanfaat kepada orang lain. Kebajikan, kebaikan dan amalan baik yang dilakukan perlulah saling dirasai oleh umat Islam lain khasnya atau seluruh manusia amnya.

Dunia ini akan gelap gelita jika tidak ada lagi umat Islam kerana umat Islam adalah bangsa yang terpilih dan sebab itulah Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”

Sabtu, 11 Disember 2010

Indahnya Ciptaan Tuhan


Alhamdulillah pagi tadi sempat solat subuh secara berjamaah dekat masjid, solat subuh yang mana paling berat untuk dilakukan berbanding dengan waktu-waktu solat yang lain. Kata-kata sindir yang biasa di dengar tentang solat subuh ni macam "seorang pengangkat berat boleh mengangkat berat beratus-ratus kilo, tapi bila nak mengangkat kelopak mata diawal pagi nak solat subuh belum tentu lagi boleh". 

Untuk mengangkat kelopak mata diawal pagi tidaklah memerlukan kekuatan sebagaimana mahu mengangkat barang yang beratus-ratus kilo, cuma yang penting ialah kehendak dan kekuatan rohani (iman) ditambah dengan hidayah dan taufik dari Allah. InsyaAllah kalau perkara-perkara itu kita miliki nescaya amat mudah untuk kita melakukannya, bukan sahaja dalam masalah nak bangun solat subuh berjamaah, perkara-perkara ibadah lain pun sama sahaja.

Masa tengah memecut laju kapcai menuju ke masjid, terpandang sebelah atas, subahanallah. bisik hati ini memandang kepada bintang-bintang yang gemerlapan. Cantiknya dan indahnya ciptaan tuhan, tidak selalu dapat melihat kecantikan ciptaan tuhan ini, kalau lihat pun kadang masa kita lihat tu hati tengah gelap, pabila tengah gelap, sudah pasti kita tidak dapat menghargai sesuatu yang di anugerahkan kepada kita.

Ketika memandang kearah langit yang dihiasi dengan gemerlapan, tercari pula dimana letaknya bulan yang sentiasa didampingi oleh bintang-bintang. depan-belakang, kiri-kanan cuba ditoleh mencari bulan, harapannya ingin melihat bulan purnama yang dikelilingi oleh bintang-bintang. namun pencarian membawa kepada sedikit kehampaan, mungkin sahaja tiba giliran bulan meninggalkan bintang-bintangnya untuk menemani matahari. bulan, bintang, matahari, bumi dan segala yang ada antaranya dan langit sudah ada jadual khusus yang ditetapkan kepada mereka, jadual yang direka khas oleh maha pencipta iaitu Allah subhanahu wa ta'ala. dengan jadual ini nescaya mereka tidak akan bertembung antara satu sama lain, begitulah bijaknya aturan Allah subhanahu wa ta'ala. 

Walaupun pada kali ini bintang-bintang gemerlipan tanpa cahaya purnama dari bulan, ia tetap cantik, tidak ada mana-mana makhluk yang boleh menciptakan sebagaimana ciptaan Allah ini.  esok mungkin kita sudah tiada di alam ini, esok mungkin kita sudah tidak dapat memandang apa-apa disebabkan nikmat mata sudah  ditarik, esok mungkin bulan dan bintang sudah tidak kelihatan kerana mendung atau esok mungkin hati kita sudah gelap dan tidak nampak apa-apa yang dianugerahkan kepada kita. harapanku agar ku terus dapat menikmati keindahan ciptaan Allah ini.

Isnin, 6 Disember 2010

SALAM MA'AL HIJRAH


SEMPENA TAHUN BARU 1432H BERSAMAAN 7 DISEMBER 2010
SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1432H
KEPADA SESIAPA YANG TERJENGUK KAT BLOG DHO'IF NI.

MUDAH-MUDAHAN TAHUN BARU INI MENJADI INSPIRASI KEPADA KITA 
UNTUK TERUS MENINGKATKAN AMAL IBADAT KITA.

"Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam" (Hadis Nabi) ...

Rabu, 3 November 2010

Kisah Nabi Sulaiman dgn Seekor Semut

Email: cina islam

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah
Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman
merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di
tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau
yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah
engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan
dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum
sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam
bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak
semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji
gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku
bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku
takut kamu lupa".

sumber asal: http://mufakirin.forumotion.net

Sabtu, 2 Oktober 2010

Nilai Sebuah Kegagalan

 email : kumpulan cerita motivasi


kesuksesanBagi kebanyak orang kegagalan adalah sesuatu yg buruk. Apakah betul begitu? Untuk pikiran yang dangkal, hal itu memang betul. Namun apabila kita memikirkannya lebih dalam lagi, kegagalan tidak selamanya merupakan bencana. Boleh jadi, dengan kegagalan Tuhan mengingatkan kita bahwa keupayaan kita belum cukup untuk menerima kesuksesan. Barangkali Tuhan menunjukkan kepada kita bahwa masih banyak hal yang harus kita pelajari, yang mana kalau kita sukses padahal kemampuan kita masih dangkal, kita akan terjatuh lebih dalam lagi. 

Seperti yang pernah dikatakan oleh seorang ahli investasi dari Amerika bahwa ‘orang bodoh dengan wang banyak adalah suatu fenomena yang sangat menarik’. Apakah yang akan terjadi bila orang bodoh tiba-tiba mendapatkan wang banyak? Jelas, dia akan menghabiskannya tanpa perhitungan hanya untuk barang-barang konsumtif dan kembali mengalami kesulitan keuangan karena kemungkinan besar barang-barang konsumtif tersebut akan dia beli dengan cara kredit. Apakah dia pantas disebut orang kaya? Jelas tidak, orang yang betul-betul kaya tahu betul apa yang akan dia perbuat dengan uangnya dan akan mengembangkannya lebih banyak lagi.

Poin utamanya adalah kesuksesan yang kita terima akan selalu sesuai dengan kapasitas diri kita. Jika kita menerima kesuksesan di luar kapasitas diri, malah kita akan jatuh lebih dalam dan gagal lebih parah. Maka dari itu, jangan terlalu mendramatisir kegagalan. Bisa jadi dengan kegagalan Tuhan menyelamatkan kita dari kegagalan yang lebih parah. Yang perlu kita fokuskan adalah bagaimana caranya agar kita bisa berkembang secara pribadi untuk layak menjadi orang yang betul-betul sukses sehingga kesuksesan kita bisa bertahan lama dan semakin berkembang.
Semoga Beruntung!
Ditulis oleh “Kesatria Pemikir”

Aurat...? Adakah kita sedar akannya?

email : http://feryco.com/
Aurat Wanita
“Baiklah pelajar-pelajar sekalian, tentang aurat antara bukan muhrim dalam Islam bagi laki-laki….bla…bla…bla… dan untuk perempuan, daripada bla…bla…bla…”
Perkara di atas adalah ayat-ayat yang selalu kita dengar waktu sekolah dahulu. Mesej ini juga disampaikan oleh penyampai-penyampai Islam. Ada yang ikut sebaik-baiknya dengan memahai hukum tersebut, ada yang juga ikut dengan cara yang tak betul dan ada pula yang tidak ikut langsung. Banyak pula fesyen pakaian diwujudkan. Tapi adakah semua itu sesuai untuk kita sebagai umat Muhammad SAW. Adakah kita benar-benar faham akan maksud menutup aurat ini?
Allah berfirman “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”(7:26). Dalam ayat ini jelas perintah Allah untuk berpakaian berupa takwa, pakaian yang menunjukkan ketakwaan kita kepada Allah. Berpakaian takwa yang mana bukan semasa menunaikan ibadat semata-mata, kerana takwa itu perlu ada setiap saat and Allah itu Maha melihat.
Pada zaman yang penuh fitnah ini, kita dapat hilang ramai orang yang mengaku Islam tetapi berpakaian seperti tidak Islam terutama kaum wanita. Adakah kita sudah tidak takut pada Allah dan Hari akhirat? Apa sudah jadi dengan iman kita? Apakah kita telah lupa dengan azab Allah yang amat dahsyat?
Terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada dua gologan yang akan menjadi pengghuni neraka. Aku belum pernah meluhat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget. mereka tidak akan masuk syurga and tidak dapat bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971). Hadis sangat jelas menyatakan azab Allah kepada para wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Wanita-wanita yang telah dihuraikan di dalam hadis ini, menunjukkan kebanyakkan wanita-wanita masa kini, seperti berpakaian ketat, tidak menutup rambut dan bahagian dada sebaik-baiknya.
Sikap tidak menutup aurat ini sangat memberikan kesan negatif bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Sikap ini boleh menyebabkan wanita lain menjadi mangsa nafsu serakah lelaki yang durjana. Wahai saudari sekalian, adakah anda suka menjadi penyebab keganasan ke atas wanita lain? Wanita ini bagaikan mutiara, ia akan selamat jika berada dalam cengkerang, jika terbuka cengkerangnya pasti akan dinodai orang.
Allah dengan jelas telah menyatakan tentang aurat wanita yang sepatutnya, “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (24:31)
Adalah kewajiban umat Islam untuk mematuhi hukum Allah yang seperti di atas. Jika dikatakan tudung, bukan sahaja untuk menutup kepala, tetapi juga untuk menutup aurat di bahagian dada. Jika dikatakan pakaian yang menutup kulit sepenuhnya, mestilah longgar dan tebal bukan ketat atau nipis sampai menampakkan bentuk tubuh. Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah terkena azab Allah kerana melanggar perintahNya. Semoga Allah melindungi kita daripada azabNya.
Wahai saudara-saudara sekalian, sebagai seorang lelaki, seseorang itu tidak sepatutnya bersifat dayus dalam memastikan sempurna aurat isterinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Jika tanggung jawab ini tidak dilaksanakan, pastilah kita dalam kemurkaan Allah. Jelaslah kini, lelaki dan wanita amat memainkan peranan penting dalam isu ini. Mungkin seseorang itu akan berkata,”Saya masih muda lagi untuk menutup aurat bila saya dah tua, saya akan menutup aurat”. Adakah kita telah lupa yang Allah yang menentukan hidup mati kita? Adakah pasti kita boleh hidup lama untuk melaksanakan perintah Allah kemudian? Sesungguhnya pemuda mula beribadat dan mengingat Allah pada usia mudanya, akan dinaungi oleh Allah pada hari akhirat.
Marilah kita semua muhasabah diri dan bertaubat atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Semoga Allah merahmati kita dan member naungan di akhirat kelak. Amin…. Wassalam.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Laporan Berita Punca Kes Buang Bayi Meningkat.....


Salam Ramadhan...

Hari ni terdetik hati nak menulis sikit, sambil-sambil menunggu berbuka puasa baik di beri sedikit senaman jari jemari yang dah lama xbersenam dan juga menggerakkan minda yang dah lama membeku. bulan ramadhan atau lebih former kat malaysia dengan nama bulan puasa ni kebanyakkan blogger2 akan menulis perihal puasa, tidak kira tentang apa-apa pun yang penting berkaitan puasa, seperti rukun puasa, sunat puasa, amalan2 ketika berpuasa dan ada jugak yang menceritakan tentang pengalaman ketika berpuasa. kalau xtulis sendiri pun copy paste dari blog2 orang lain p jadi lah asalkan ada bab puasa kat blognya tu..


Aku pulak malas  dah nak turut sama tulis sal puasa, kira tumpang baca kat blog2 orang dah lah..Cuma hari ni bila baca berita kat satu portal berita sal buang anak bulan2 puasa ni sampai 3 orang anak dalam satu hari, tu yang tergerak hati nak turut sama bagi pandangan.

Berita buang anak

Kalau kita perhatikan semenjak beberapa bulan kebelakangan ni banyak sangat berita2 yang melaporkan kes buang bayi, boleh dikatakan setiap hari, makin rancak akhbar2 atau tv melaporkan kes buang bayi makin banyak bayi yang di buang. makin rancak ahli2 politik berbicara sal buang bayi makin banyak bayi yang xberdosa di bunoh...

Sebenarnya apa punca kes2 buang bayi ni meningkat?..sebenarnya ramai orang yang tidak sedar tentang keburukkan hasil dari laporan kes jenayah di media2 masa dan elektronil. Kata tok guruku hasil dari lapran2 akhbar dan tv lah yang meyebabkan dari seseorang itu tidak tahu kepada tahu, kalau tidak tahu perkara-perkara yang baik kemudian tahu hasil dari pendedahan media masa itu tidak mengapa, masalahnya dari yang tidak tahu macam mana nak buat perkara terkutuk bila baca laporan tv atau berita maka mereka ada jalan untuk melakukan perkara terkutuk itu.

Kesan laporan berita berkaitan kes jenayah.

Cuba kita baca akhbar2 ataupun melihat laporan2 di tv tentang  salah laku bung bayi, dalam laporan tersebut mesti akan menyatakan tempat bayi itu dibuang, masa dibuang, ibubapa bayi yang xdapat di kesan serta hukuman kepada ibubapa bayi yang tidak setimpal dengan perbuatan terkutuk itu.

Nah maka dari itu lah  si penzina2 yang terkutuk, yang mengandungkan anak luar nikah akan mendapat jalan bagaimana nak menutup perbuatan terkutuk mereka. maka bila nak mengelakkan dari perbuatan terkutuk mereka daripada diketahui oleh keluarga, teman dan masyarakat maka jalan akhir ialah buang anak sebagaimana orang2 terdahulu buang anak.

mencontohi amalan orang2 terdahulu.

Mereka-mereka ini cukup pandai dalam mencontohi amalam orang terdahulu, namun agak malang kerana apa yang di contohi bukannya dari laporan al-quran tentang umat terdahulu tetapi yang di contohinya adalah dari laporan akhbar2 dan tv. yang dikesali bukannya mencontohi orang terdahulu tentang amalan2 baik namun yang dicontohi ialah amalan2 yang membawa kemurkaan Allah.

Pesan tok guruku

Tok guruku berkata "alangkah baiknya kalau berita2 yang melibatkan kes2 jenayah ini tidak di siarkan, bukan kerana nak menutup kesalahan atau keaiban orang tetapi untuk mengelak dari dicontohi orang2 mendatang"..berapa banyak orang yang tidak tahu mencuri akhirnya tahu mencuri gara-gara laporan di akhbar2 dan tv tentang salah laku? berapa ramai yang xtahu macam mana nak selesaikan masalah mengandung anak luar nikah akhirnya tahu cara nak selesaikannya dengan membaca laporan2 di akhbar2 dan tv2 tentang kes salah laku buang bayi.

Islam mengajar kita agar perkara keji tidak diperbincangkan lebih2 lagi yang berkaitan dengan aib seseorang. tujuannya bukan hanya nak menutup aib orang lain bahkan banyak lagi kelebihan diatas setiap pensyariatan yang berlaku itu

buatlah apa cara sekalipun kalau islam tidak diambil kira dalam nak menyelesaikan sesuatu masalah, maka masalah itu xkan selesai, ambil lah profesor yang handal mana sekalipun kalau profesor itu tidak terapkan islam dalam ideanya maka masalah jugak tidak akan selesai. Kembali lah kepada Islam kerana Islam ada cara hidup kita, Islam adalah ubat segala penyakit manusia..



Khamis, 22 Julai 2010

Tahlil Arwah

Alhamdulillah seharian suntuk menyibukkan diri dengan kerja-kerja akhirnya sampai juga waktu malam yang dijadikan oleh Allah untuk hambanya berehat. Malam jugalah Allah jadikan untuk hamba-hambanya bertafakkur, mengadu segala kepayahan di dunia kepadanya serta malam juga lah yang Allah jadikan untuk hambanya supaya dapat beribadat dengan penuh selesa tanpa memikirkan hal ehwal dunia yang ditinggalkan pada sian harinya..


Bagiku malam lah masaku meringankan beban yang dipikul pada siang harinya, pada siang harinya terpaksa memikul pelbagai kerenah-kerenah anak murid yang pelbagai macam ragam. Pada malam hari pula, aku akan meninggalkan semua urusan pada siang harinya dan mengisi dengan menghadiri kuliah-kuliah maghrib tidak kira dimana jua asalkan dapat menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat..Pendek kata, siang hari aku menjadi guru, malam hari pula aku menjadi murid..


Namun malam jumaat sebegini, di masjid-masjid jarang diadakan kuliah, kebanyakkannya di isi dengan bacaan yaasin dan tahlil. Malam tadi macam biasa aku pergi ke masjid mukimku untuk solat isyak berjamaah, seperti yang dijangka kalau pergi masjid kemungkinan besar mesti disuruh menjadi imam kerana imam masjid tidak hadir..tok imam berkemungkinan ada urusan lain.


Dimasjidku, tok imam hanya seorang sahaja...imam muda, manakala imam tua masih kosong, dan belum di isi semenjak kematian penyandangnya yang juga bapa saudaraku. Ada juga ahli mukim yang memohon untuk jadi imam tua tapi di sebabkan banyak kerenah birokrasinya sampai sekarang belum dapat keputusan lagi..


Sampai dimasjid, kemudian solat sunat tahiyyatul masjid, selesai sahaja solat sunat, kedengaran azan yang di laungkan oleh pok kod yang sukerela mengazankan azan isyak memandangkan tok bilal masjid tidak hadir. Dengan kedengaran azan menandakan masuknya waktu isyak. Para jemaah yang sebelem ini bertaburan di tepi-tepi masjid perlahan-lahan masuk ke masjid dan menunaikan solat sunat isyak qobliyyah. jauh berbeza ketika zaman nabi dulu, bila kedengaran azan sahaja, para sahabat berlari-lari serta berlumba-lumba masuk ke masjid untuk solat, bahkan ada sahabat-sahabat yang menunggu dari awal lagi untuk solat berjamaah.


Aku diminta untuk mengimami solat isyak, aku keberatan untuk memenuhi permintaan tersebut kerana aku sedar siapalah aku, aku lebih suka orang yang lebih tua dariku mengimami solat. Namun disebebkan para jamaah lain juga keberatan untuk naik kedepan maka aku terpaksa memenuhi permintaan ahli jamaah. Aku juga diminta untuk mengepalai majlis tahlil untuk seorang keluarga ahli jamaah yang baru meninggal dunia..semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya.


Dimasjid sahaja ada dua pelawaan untuk majlis tahlil arwah, kat rumahku sendiri juga ada dua tempat majlis tahlil arwah, dua-dua jiranku. namun kena selesaikan di masjid dahulu..Selepas tahlil dimasjid segera ke majlis tahlil dekat rumahku..Alhamdulillah majlis tahlil tu dah pun dimulakan...Rasa lega juga kerana tidak perlu mengepalai majlis tahlil tu..tidak ramai yang hadir majlis tu, mungkin sebab hujan atau mungkin juga sebab pergi ke majlis tahlil yang satu lagi. namun Alhamdulillah walaupun xramai, dalam lingkungan 15-20orang, yang hadir itu adalah dari kalangan-kalangan kaki surau. Insyaallah dengan bacaan dan doa-doa kaki-kaki surau ini akan diterima oleh Allah s.w.t seterusnya dapat meringankan azab si mati.


Sekian untuk celoteh malam jumaat..wassalam

Isnin, 19 Julai 2010

SALMAN AL FARISY


Dipetik dari : http://dakwah.info/

Kisah ini adalah kisah nyata pengalaman seorang manusia mencari agama yang benar (hak), iaitu pengalaman SALMAN AL FARISY

Marilah kita simak Salman menceritakan pengalamannya selama mengembara mencari agama yang hak itu. Dengan ingatannya yang kuat, ceritanya lebih lengkap, terperinci dan lebih terpercaya.
Kata Salman, “Saya pemuda Persia, penduduk kota Isfahan, berasal dari desa Jayyan. Bapak saya Kepala Desa. Orang terkaya dan berkedudukan tinggi di situ. Saya adalah makhluk yang paling disayangi ayah sejak saya lahir. Kesayangan beliau semakin bertambah besar sejalan dengan pertumbuhan diri saya, sehingga kerana teramat sa yangnya, saya dipingitnya di rumah seperti anak gadis.
Saya membaktikan diri dalam agama Majusi (yang dianut ayah dan bangsa saya). Saya diangkat menjadi penjaga api yang kami sembah, dengan tugas menjaga api itu supaya menyala siang malam dan agar jangan padam walau pun agak sejenak.
Ayahku memiliki perkebunan yang luas, dengan penghasilan yang besar pula. Kerana itu beliau mukim di sana untuk mengawasi dan memungut hasilnya. Pada suatu hari bapak pulang ke desa untuk suatu urusan penting. Beliau berkata kepadaku, “Hai anakku! Bapak sekarang sangat sibuk. Kerana itu pergilah engkau mengurus perkebunan kita hari ini menggantikan Bapak’’
Aku pergi ke perkebunan kami. Dalam perjalanan ke sana aku melewati sebuah gereja Nasrani. Aku mendengar suara mereka sedang sermbahyang. Suara itu sangat me narik perhatianku.
Sebenarnya aku belum mengerti apa-apa tentang agama Nasrani dan agama-agama lain. Kerana selama ini aku dikurung bapak di rumah, tidak boleh bergaul dengan siapa saja. Maka ketika aku mendengar suara mereka, aku masuk ke gereja itu untuk mengetahui apa yang sedang mereka lakukan. Setelah kuperhatikan, aku kagum dengan cara sembahyang mereka dan ingin masuk agamanya.
Kataku, “Demi Allah! ini lebih bagus daripada agama kami. “Aku tidak beranjak dari gereja itu sampai petang. Sehingga aku tidak jadi pergi ke perkebunan.
Aku bertanya kepada mereka, “Dari mana asal agama ini?”
“Dari Syam (Syria),” jawab mereka.
Setelah hari senja, barulah aku pulang. Bapak menanyakan urusan kebun yang ditugaskan beliau kepadaku.
Jawabku, “Wahai, Bapak! Aku bertemu dengan orang sedang sembahyang di gereja. Aku kagum melihat mereka sembahyang. Belum pernah aku melihat cara orang sembahyang seperti itu. Kerana itu aku senantiasa berada di gereja mereka sampai petang.”
Bapak memperingatkanku akan perubatanku itu. Katanya, “Hai, anakku! Agama Nasrani itu bukan agama yang baik. Agamamu dan agama nenek moyangmu (Majusi) lebih baik dari agama Nasrani itu!”
Jawabku, “Tidak! Demi Allah! Sesungguhnya agama merekalah yang lebih baik dari agama kita.”
Bapak kuatir dengan ucapanku itu. Dia takut kalau aku murtad dari agama Majusi yang kami anut. Kerana itu dia mengurungku dan membelenggu kakiku dengan rantai.
Ketika aku beroleh kesempatan, kukirim surat kepada orang-orang Nasrani minta tolong kepada mereka, bila ada kafilah yang hendak pergi ke Syam supaya memberi tahu kepadaku. Tidak berapa lama kemudian, datang kepada mereka satu kafilah yang hendak pergi ke Syam. Mereka memberitahu kepadaku. Maka kuputus rantai yang membelenggu kakiku sehingga aku bebas. Lalu aku pergi bersama-sama kafilah itu ke Syam.
Sampai di sana aku bertanya kepada mereka, “Siapa kepala agama Nasrani di sini?”
“Uskup yang menjaga “jawab mereka.
Aku pergi menemui Uskup seraya berkata kepadanya, “Aku tertarik masuk agama Nasrani. Aku bersedia menadi pelayan Anda sambil belajar agama dan sembahyang bersama-sama Anda.”
‘Masuklah!” kata Uskup.
Aku masuk, dan membaktikan diri kepadanya sebagai pelayan.
Belum begitu lama aku membaktikan diri kepadanya, tahulah aku Uskup itu orang jahat. Dia menganjurkan jama’ahnya bersedekah dan mendorong ummatnya beramal pahala. Bila sedekah mereka telah terkumpul tangan Uskup, disimpannya saja dalam perbendaharaannya tidak dibagi-bagikannya kepada fakir miskin sehingga kekayaannya telah menumpuk sebanyak tujuh peti emas. Aku sangat membencinya kerana perbuatannya yang memperkaya diri sendiri itu. Tidak lama kemudian iapun meninggal. Orang-orang Nasrani berkumpul hendak mengu burkannya.
Aku berkata kepada mereka, ‘Pendeta kalian ini orang jahat. Dianjurkannya kalian bersedekah dan digembirakannya kalian dengan pahala yang akan kalian peroleh. Tapi bila kalian berikan sedekah kepadanya disimpannya saja untuk dirinya, tidak satupun yang diberikannya kepada fakir miskin.”
Tanya mereka, “Bagaimana kamu tahu demikian?” Jawabku, “Akan kutunjukkan kepada kalian simpanannya.”
Kata mereka, “Ya, tunjukkanlah kepada kami!”
Maka kuperlihatkan kepada mereka simpanannya yang terdiri dan tujuh peti, penuh berisi emas dan perak. Setelah mereka saksikan semuanya, mereka berkata, “Demi Allah! Jangan dikuburkan dia!”
Lalu mereka salib jenazah uskup itu, kemudian mereka lempari dengan batu. Sesudah itu mereka angkat pendeta lain sebagai penggantinya. Akupun mengabdikan diri kepadanya. Belum pernah kulihat orang yang lebih zuhud daripadanya. Dia sangat membenci dunia tetapi sangat cinta kepada akhirat. Dia rajin beribadat siang malam. Kerana itu aku sangat menyukainya, dan lama tinggal bersamanya.
Ketika ajalnya sudah dekat, aku bertanya kepadanya, “Wahai Bapak! Kepada siapa Bapak mempercayakanku seandainya Bapak meninggal. Dan dengan siapa aku ha rus berguru sepeninggal Bapak?”
Jawabnya, “Hai, anakku! Tidak seorang pun yang aku tahu, melainkan seorang pendeta di Mosul, yang belum merubah dan menukar-nukar ajaran-ajaran agama yang murni. Hubungi dia di sana!”
Maka tatkala guruku itu sudah meninggal, aku pergi mencari pendeta yang tinggal di Mosul. Kepadanya kuceritakan pengalamanku dan pesan guruku yang sudah me ninggal itu.
Kata pendeta Mosul, “Tinggailah bersama saya.”
Aku tinggal bersamanya. Ternyata dia pendeta yang baik. Ketika dia hampir meninggal, aku berkata kepada nya, “Sebagaimana Bapak ketahui, mungkin ajal Bapak sudah dekat. Kepada siapa Bapak dapat mempercayakan ku seandainya Bapak sudah tak ada?”
Jawabnya, “Hai, anakku! Demi Allah! Aku tak tahu orang yang seperti kami, kecuali seorang pendeta di Nasibin. Hubungilah dia!”
Ketika pendeta Mosul itu sudah meninggal, aku pergi menemui pendeta di Nasibin. Kepadanya kuceritakan pengalamanku serta pesan pendeta Mosul.
Kata pendeta Nasibin, “Tinggallah bersama kami!”
Setelah aku tinggal di sana, ternyata pendeta Nasibin itu memang baik. Aku mengabdi dan belajar kepadanya sampai dia wafat. Setelah ajalnya sudah dekat, aku berkata kepadanya, “Bapak sudah tahu perihalku Maka kepada siapa Bapak dapat mempercayakanku seandainya Bapak meninggal?”
Jawabnya, “Hai, anakku! Aku tidak tahu lagi pendeta yang masih memegang teguh agamanya, kecuali seorang pendeta yang tinggal di Amuria. Hubungilah dia!”
Aku pergi menghubungi pendeta di Amuria itu. Maka kuceritakan kepadanya pengalamanku.
Katanya, “Tinggallah bersama kami!
Dengan petunjuknya, aku tinggal di sana sambil mengembala kambing dan sapi. Setelah guruku sudah dekat pula ajalnya, aku berkata kepadanya, “Anda sudah tahu urusanku. Maka kepada siapakah lagi aku akan anda percayakan seandainya Anda meninggal dan apakah yang harus kuperbuat?”
Katanya, “Hai, anakku! Setahuku tidak ada lagi di muka bumi ini orang yang berpegang teguh dengan agama yang murni seperti kami. Tetapi sudah hampir tiba masanya, di tanah Arab akan muncul seorang Nabi yang diutus Allah membawa agama Nabi Ibrahim. Kemudian dia akan pindah ke negeri yang banyak pohon kurma di sana, terletak antara dua bukit berbatu hitam. Nabi itu mempunyai ciri-ciri yang jelas. Dia mahu menerima dan memakan hadiah, tetapi tidak mahu menerima dan memakan sedekah. Di antara kedua bahunya terdapat cap kenabian. Jika engkau sanggup pergilah ke negeri itu dan temuilah dia!”
Setelah pendeta Amuria itu wafat, aku masih tinggal di Amuria, sehingga pada suatu waktu serombongan saudagar Arab dan kabilah “kalb” lewat di sana. Aku berkata kepada mereka, “Jika kalian mahu membawaku ke negeri Arab, aku berikan kepada kalian semua sapi dan kambing-kambingku.”
Jawab mereka, “Baiklah! Kami bawa engkau ke sana.”
Maka kuberikan kepada mereka sapi dan kambing peliharaanku semuanya. Aku dibawanya bersama-sama mereka. Sesampainya kami di Wadil Qura aku ditipu oleh mereka. Aku dijual mereka kepada seorang Yahudi. Maka dengan terpaksa aku pergi dengan Yahudi itu dan berkhidmat kepadanya sebagai budak belian. Pada suatu hari anak paman majikanku datang mengunjunginya, iaitu Yahudi Bani Quraizhah, lalu aku dibelinya kepada majikanku. Aku pindah dengan majikanku yang baru ini ke Yatsrib. Di sana aku melihat banyak pohon kurma seperti yang diceritakan guruku, Pendeta Amuria. Aku yakin itulah kota yang dimaksud guruku itu. Aku tinggal di kota itu bersama majikanku yang baru.
Ketika itu Nabi yang baru diutus sudah muncul. Tetapi beliau masih berada di Makkah menyeru kaumnya. Namun begitu aku belum mendengar apa-apa tentang kehadiran serta da’wah yang beliau 1ancarkan kerana aku selalu sibuk dengan tugasku sebagai budak. Tidak berapa lama kemudian, Rasulullah pindah ke Yatsrib. Demi Allah! Ketika itu aku sedang berada di puncak pohon kurma melaksanakan tugas yang diperintahkan majikanku. Dan majikanku itu duduk di bawah pohon. Tiba-tiba datang anak pamannya mengatakan, “Biar mampus Bani Qaiah! Demi Allah! Sekarang mereka berkumpul di Quba’ menyambut kedatangan laki-laki dari Makkah yang menda’wahkan dirinya Nabi.”
Mendengar ucapannya itu badanku terasa panas dingin seperti demam, sehingga aku menggigil kerananya. Aku kuatir akan jatuh dan tubuhku bisa menimpa ma
1) Wadil Qura, sebuah lembah antara Madinah dan Syam.
2) Bani Qailah, iaitu kabilah Aus dan Khazraj
jikanku. Aku segera turun dari puncak ponon, lalu bertanya kepada tamu itu, “Apa kabar ANda? Cobalah kabarkan kembali kepadaku!”
Majikanku marah dan memukulku seraya berkata, “Ini bukan urusanmu! Kerjakan tugasmu kembali!”
Besok kuambil buah kurma seberapa yang dapat kukumpulkan. Lalu kubawa ke hadapan Rasulullah.
Kataku “Aku tahu Anda orang saleh. Anda datang bersama-sama sahabat Anda sebagai perantau Inilah sedikit kurma dariku untuk sedekah bagi Anda. Aku lihat Andalah yang lebih berhak menerimanya daripada yang lain-lain.” Lalu aku sodorkan kurma itu kehadapannya.
Beliau berkata kepada para sahabatnya, “silakan kalian makan,…!” Tetapi beliau tidak menyentuh sedikit juga makanan itu apalagi untuk memakannya.
Aku berkata dalam hati, “Inilah satu di antara ciri cirinya!”
Kemudian aku pergi meninggalkannya dan kukumpulkan pula sedikit demi sedikit kurma yang dapat kukumpulkan. Ketika Rasulullah pindah dari Quba’ ke Madinah, kubawa kurma itu kepada beliau.
Kataku, “Aku lihat Anda tidak mahu memakan sedekah. Sekarang kubawakan sedikit kurma, sebagai hadiah untuk Anda.”
Rasulullah memakan buah kurma yang kuhadiahkan kepadanya. Dan beliau mempersilakan pula para sahabatnya makan bersama-sama dengan dia. Kataku dalam hati, “ini ciri kedua!”
Kemudian kudatangi beliau di Baqi’, ketika beliau mengantarkan jenazah sahabat beliau untuk dimakamkan di sana. Aku melihat beliau memakai dua helai kain. Setelah aku memberi salam kepada beliau, aku berjalan mengitari sambil menengok ke punggung beliau, untuk melihat cap kenabian yang dikatakan guruku. Agaknya beliau tahu maksudku. Maka dijatuhkannya kain yang menyelimuti punggungnya, sehingga aku melihat dengan jelas cap kenabiannya.
Barulah aku yakin, dia adalah Nabi yang baru diutus itu. Aku langsung menggumulnya, lalu kuciumi dia sambil menangis.
Tanya Rasulullah, “Bagaimana kabar Anda?”
Maka kuceritakan kepada beliau seluruh kisah pengalamanku. Beliau kagum dan menganjurkan supaya aku menceritakan pula pengalamanku itu kepada para sahabat beliau. Lalu kuceritakan pula kepada mereka. Mereka sangat kagum dan gembira mendengar kisah pengalamanku.
Berbahagilah Salman Al-Farisy yang telah berjuang mencari agama yang hak di setiap tempat. Berbahagialah Salman yang telah menemukan agama yang hak, lalu dia iman dengan agama itu dan memegang teguh agama yang diimaninya itu. Berbahagialah Salman pada hari kematiannya, dan pada hari dia dibangkitkan kembali kelak.