Jumaat, 16 Oktober 2009

HIPOKRIT KERANA SEMBAHYANG...???

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH..


hipokrit kerana sembahyang? saya hairan mendengar kata-kata seorang ustaz yang memberi kuliah maghrib secara mingguan...kenapa ya ustaz tu boleh berkata sedemikian? walhal sembahyang itu fardhu dan wajib dilakukan oleh orang islam....tapi ustaz tu kata jadi hipokrit kerana sembahyang...bingun jugak saya seketika....


sebelum ni, saya biasa dengar hipokrit tu pada golongan wanita je....macam-macam alasan mereka untuk tidak mahu hipokrit...antaranya tidak mahu pakai jubah,pakai tudung labuh, buat-buat baik dan macam-macam lagi lah...katanya mahu jadi diri sendiri yang sebenar, tidak mahu jadi hipokrit, berselindung di sebalik jubah dan tudung labuh...entah apa-apa lagilah...


berbalik kepada isu, kenapa boleh terjadi hipokrit kerana sembahyang? jawapannya mudah sahaja.. kita melaksanakan suruhan allah agar mengerjakan sembahyang, masa sembahyang, perangai kita cukup baik, tidak bercakap, mengumpat, tidak melakukan ma'siat kepada allah bahkan semasa sembahyang kita semua berpuasa dan lidah pula tidak lekang dengan memuji-muji allah..


namun persoalannya adakah perbuatan-perbuatan baik itu kita juga amalkan selepas solat? didalam solat kita tidak mengumpat, mengata orang, dan bercakap benda-benda yang lagha tapi diluar bila selesai je solat kita ambil balik apa yang kita tinggalkan sebelum kita solat. hal yang demikian lah dikatakan hipokrit.....


sepatutnya apa yang kita amalkan dalam solat kita juga aplikasikan diluar solat..sekiranya hal sedemikain diamalkan nescaya solat kita akan dapat mencegah dari segala kemungkaran sebagaimana firman allah..


 وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
"dan kerjakanlah solat, sesungguhnya solat dapat mencegah daripada perkara-perkara fahsya' dan mungkar"




walaupun kita boleh termasuk dalam golongan hipokrit kerana mengarjakan solat, adakah kita boleh meninggalkan solat untuk mengelakkan dari yang sedemikian? ....tidak..solat tetap solat, solat wajib dilaksankan, tidak timbul soal ikhlas atau tidak..solat itu fardu, fardhu yang wajib dikerjakan oleh semua yang mukallaf tidak kira dalam keadaan yang mana sekalipun..samaada yang sakit, yang musafir, dan yang sihat semuanya tidak boleh meninggalkn solat..


begitu juga dengan isu, segolongan wanita yang tidak mahu memakai jubah, memakai pakaian labuh kerana beranggapan mereka akan menjadi hipokrit sekiranya melakukan sedemikian....sedarkah apa yang mereka perkatakan itu? tidakkah mereka juga mengistiharkan diri mereka bukan dari golongan yang baik-baik? 


saudari-saudariku, 
sedarlah..memakai pakaian yang mengikut kehendak islam itu wajib, tidak timbul soal ikhlas, tidak timbul soal hipokrit...walaupun kita tidak ikhlas, kita tetap juga wajib memakai apa yang telah digariskan oleh syariat untuk kita..


kesimpulannya....ikhlaslah dalam amal ibadat kita seharian, kerana ikhlaslah yang akan menentukan kita mendapat ganjaran atas apa yang kita lakukan atau tidak.. tidakkah kita merasa rugi sekiranya kita tidak diberikan apa-apa ganjaran diatas apa yang telah kita lakukan? 


tunaikanlah solat dengan seikhlasnya, bukan kerana sudah menjadi kebiasaan, bukan kerana malu  kepada orang lain dan macam-macam lagi...janganlah kita termasuk dalam golongan yang sembahyang tetapi dihumbangkan kedalam neraka wail kerana tidak khusyu' sewaktu  mengerjakannya..na'uzubillah min zalik..




والله اعلم

0 ulasan: