Rabu, 18 November 2009

MENCARI JALAN KEBAHAGIAAN

Kebahagian adalah tuntutan batin manusia. Tanpa rasa kebahagiaan, manusia akan gundah gulana dan hidup dalam keadaan tidak tenteram. Kehidupan yang bahagia bermakna manusia dapat menunaikan segala tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah, bersyukur atas setiap apa yang diberikan olehnya dan sentiasa mengharapkan pertolongan daripadanya.



Manusia yang sentiasa jiwanya ingat dan berzikir kepada Allah akan memperoleh rasa kebahagian yang mendalam. Ada sesetengah orang melihat kebahagaian dari segi zahir sahaja, kebahagian dianggap akan dapat diperolehi apabila kita memiliki kehidupan yang mewah, dan dilimpahi dengan harta, namun sebenarnya kebahagian hakiki yang yang diperlukan oleh setiap manusia bukanlah kekayaan lahiriah sebaliknya proses memenuhi tuntutan batin untuk mengabdi pada al-khaliq, merasai ni'mat iman dan hidup dalam penuh kesedaran.


Hal ini telah diperlihatkan sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam kehidupannya. Rasulullah sanggup meninggalkan kekayaan keluarganya, status kebangsawanannya semata-mata untuk memenuhi tuntutan tugas menyebarkan agama Allah, biarpun menempuhi kesengsaraan dari segi lahiriah, namun sebenarnya Rasulullah telah memperoleh kebahagiaan yang sejati yang diperlukan oleh setiap individu manusia. Rasullah sentiasa berada di bawah pemeliharan Allah. Ketinggian iman Rasullah membuatkan jiwanya tidak terusik pada harta dunia, yang menjadi impian Rasulullah adalah mendapatkan keredhaan Allah S.W.. 


(al-ghazali)

0 ulasan: