Jumaat, 19 Februari 2010

Antara Pasar Malam Dan Pasar Raya

Allah mempunyai 99 nama, dengan 99 nama itu menunjukkan Allah sempurna dan tiada kelemahan, salah satu nama Allah Adalah al-'alim iaitu maha mengetahui. Allah maha mengetahui setiap suatu perkara, tidak kira bagaimana kita menyembunyikan sesuatu perkara itu, Allah tetap mengetahuinya. 

Allah mengetahui sesuatu perkara dengan ilmunya, manusia juga mengetahui sesuatu perkara dengan ilmu, ilmu Allah sudah tentu tidak sama dengan ilmu manusia. ini adalah kerana ilmu manusia juga dari Allah, sebagaimana ilmu guru dan muridnya. Walaupun ilmu seorang murid juga datang dari seorang guru, namun ilmu seorang murid tidak akan sama dengan ilmu gurunya. 

Ilmu Allah tiada batasnya bahkan ilmu manusia terbatas, sebijak mana pun seseorang itu hingga bergelar ulama', prof, doktor falsafah dan sebagainya ketahuilah tahap gelaran itu semuanya hasil dari ilmu yang di kurniakan oleh Allah. Maka bersyukurlah diatas setiap apa yang di kurniakan kepada kita. Bersyukur dengan cara memanfaatkan ilmu itu kearah jalan yang di redhai oleh Allah.

Allah telah menjadikan kita di muka bumi ini sebagai khalifah di muka bumi ini. Di jadikan khalifah untuk mengurus dan mentadbir alam ini. Untuk mengurus dan mentadbir alam ini maka sudah tentu kita memerlukan ilmu, kerana tanpa ilmu sudah tentu kita akan gagal dalam mentadbir sesuatu perkara. Seorang penjaga singa akan tahu bagaimana mengawal singanya, untuk tahu itu si penjaga singa itu perlu mendapatkan ilmu prihal singa itu, kalau tidak ada ilmu atau selok belok mengenai singa itu berkemungkinan si penjaga singa itu akan di baham oleh singa itu. begitu juga seorang pemimpin, seorang pemimpin mesti tahu tentang organisasi yang di pimpinnya, soal ekonomi, soal keperluan orang di dalam organisasinya, maka untuk tahu itu seorang pemimpin itu perlu mendapatkan ilmu perihal kepimpinan dan pentadbiran.

 Dalam kita yang beragama ini kita juga perlu ada ilmu perihal agama, "permulaan agama itu pada mengenal Allah". maka untuk mendapatkan ilmu mestilah melalui proses ta'lim wa ta'allum (pengajaran dan pembelajaran).Ilmu mesti lah didapati melalui seorang guru, orang yang mendapatkan ilmu bukan melalui guru maka secara tidak langsung gurunya adalah syaitan.

Di sebuah negara yang aman ini, untuk mendapatkan ilmu begitu luas, sama ada melalui institusi suarau/masjid, sekolah, pondok dan institusi pengajian tinggi. persoalannya disini mahu dan tidak mahu sahaja. mendapatkan ilmu di masjid/ surau umpama membeli di pasar malam, ini kerana tidak semua ilmu agama di ajar disana, begitu juga pasar malam, tidak semua perkara di jual di pasar malam. mendapatkan ilmu di institusi pengajian agama seperti pondok umpama pergi ke pasar raya, ini kerana semua perkara perihal agama di ajar disana, pendek kata dari A-Z. Begitu juga barang-barang yang terdapat di pasar raya, boleh dikatakan semuanya ada, tinggal duit sahaja sama ada atau tidak.

Walaupun belajar di masjid dan sebagaiman yang kita ma'lum belajar di masjid hanya waktu-waktu tertentu sahaja seperti selepas maghrib dan subuh, namun kadang-kadang itu sudah mencukupi, sebagaimana kita pergi ke pasar malam, kadang-kadang dengan hanya membeli sebungkus nasi atau membeli keropok itu sudah mengeyangkan kita. Namun untuk lebih memuaskan hati sudah tentu lebih baik dari belajar di institusi pondok yang mana disana semuanya lengkap diajar. seperti pasaraya yang mana menjual semua kelengkapan kita. soalnya kalau belajar di pondok itu memerlukan masa dan usaha yang lebih manakala kalau membeli di pasaraya memerlukan duit yang lebih.

Tidak kira lah dimana jua kita mendapatkan ilmu, samada di pasar malam atau di pasaraya yang paling penting kita mesti belajar, belajar untuk mendapatkan ilmu. Kita mesti mencuri sedikit masa seharian kita itu untuk menuntut ilmu, kalau dalam sehari iaitu sama dengan 24jam kita hanya menghabiskan masa-masa itu dengan kehidupan dunia, maka fikirlah yang mana kehidupan kita yang lebih panjang, kehidupan di dunia ataupun kehidupan di akhirat. kalau masa kita dalam seharian lebih kepada kehidupan dunia ini maka apakah kesannya untuk kehidupan ikhirat nanti..

والله اعلم.....

0 ulasan: